“Cukup Banyak, Mampu Tampung Hingga 300 Famili” Zarina Anjoulie Ded@h Nlat Murni Man Raja Lawak Bantu G0longan Susah

Pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah berkongsi kisah pelawak, Man Raja Lawak yang sanggup mendermakan sejumlah wang untuk bantuan yang sedang dikendalikan olehnya.

Menurut Zarina, dia bersama rakan sukarelawannya yang lain seakan tidak percaya dengan jumlah yang disumbangkan oleh pelawak tersebut.

“Man ada komen dekat Instagram saya yang dia nak bagi sumbangan, jadi dia nak masukkan duit terus ke dalam akaun.

“Saya pun berilah nombor akaun team di Kuala Lumpur. Lepas tu terus mereka telefon saya bagi tahu terkejut dengan jumlah yang Man masukkan. Sungguh tak sangka,” katanya.

Menurut Zarina, jumlah yang disumbangkan oleh Man memang banyak dan cukup untuk menampung perbelanjaan kelengkapan harian untuk 200 hingga 300 keluarga.

“Hanya Tuhan sajalah yang tahu perasaan saya ketika itu. Kalau kita niat baik tuhan akan permudahkan,” katanya.

Zarina berkata demikian ketika siaran langsung menerusi Instagram Astro Gempak dalam segmen #ArtisDudukRumah.

Program berkenaan dilakukan setiap hari bermula jam 3 petang.


Terdahulu, Man Raja Lawak menyatakan niatnya untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Man atau nama sebenarnya Abdul Rahman Kasim memberitahu dia terpanggil untuk berkongsi hadiah wang tunai hasil kemenangannya menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.