Tinggal Di Bangsal Tak Berdinding, Pemuda Mualaf 0KU Hldup Sendiri Tiada Keluarga

Setiap orang yang berada dalam kesusuhan merupakan satu tanggungjawab kita untuk memberikan bantuan. Perkara tersebut samalah seperti yang dipraktikkan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Hidup di bangsal, keluarga dah tiada

Kali ini, dia dia telah membantu seorang mualaf yang berstatus kelainan upaya yang tiada tempat tinggal dan ahli keluarga terdekat.

Apa yang menyedihkan, lelaki muda berbangsa India itu hanya tinggal di sebuah bangsal dan terpaksa bertongkat untuk keman-mana ekoran fizikal diri yang tidak begitu sempurna.

Bayarkan sewa rumah

Terkesan dengan keadaan lelaki tersebut selepas dimaklumkan oleh orang awam, Ebit Lew telah pergi ke tempat lelaki itu dan melihat sendiri tempat tinggalnya.

Oleh hal yang demikian, dia telah mencarikan sebuah rumah sewa dan membantu lelaki mualaf tersebut untuk membayar sewa selagi dia belum mendapat pekerjaan.

Menurutnya lagi, pemuda tersebut mahu belajar tentang Islam dengan lebih mendalam. Jadi, pendakwah tersebut menasihatinya agar tidak lupa menunaikan solat dan terus menjaga hak jiran-jiran bersama.

Terima kasih ustaz kerana banyak menolong

Sehubungan dengan perkongsian yang menginspirasikan itu, rata-rata warganet telah emninggalkan komen yang membina diruanga posting tersebut.

Mereka mengucapkan terima kasih kepada Ebit Lew kerana kesudiannya membantu pemuda mualaf tersebut dan mendoakan agar keduanya dipermudahkan segala urusan didunia dan diakhirat.

Kebaikan tak kira sempadan

Semoga ustaz terus dirahmati

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Ebit Lew

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.