Teruja Surat Dibalas Dr Noor Hisham, Lara Mahu ‘Frame’ Sebagai Kenangan

Selepas menerima surat balas daripada Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, nama Lara Khadijah McAfee menjadi perhatian netizen di media sosial.

Menurut murid Tahun Tiga di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman itu, dia tidak menyangka akhirnya sepucuk surat daripada Ketua Pengarah Kesihatan tiba di peti surat rumahnya.

“Saya tak sangka perkara ini menjadi realiti. Saya teruja dan gembira. Saya akan ‘frame’ surat itu dan meletakkan di dalam bilik saya,” katanya.

Tambah Lara, ibu bapanya selalu menggalakkan dia untuk meluahkan apa yang terbuku di hati selain merancang menulis lagi surat untuk diberikan kepada ‘frontiliner’.

Rata-rata kenalan ibu bapanya turut tumpang gembira dan bangga atas sokongan yang ditunjukkan buat Dr Noor Hisham dan barisan hadapan negara.

Kami ni tak sempat kirim2 kat bos sendiri

Nak tumpang bangga jugak!

Terdahulu si cilik yang menetap di Terengganu itu menghargai usaha Dr Noor Hisham dalam mengekang wabak Covid-19 malah turut memberikan ‘loom band’ atau gelang getah sebagai tanda salam perkenalan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : FMT News , Facebook

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.