“Niat Mereka Dah Baik Tapi..”10 Individu Dit@han Selepas S0lat Isya’ Berjemaah Di Masjid Waktu PKP

Rata-rata rakyat yang beragama Islam pasti merindui masjid sepanjang tempoh PKP ini, bila ternampak masjid pasti akan timbul rasa rindu nak berjemaah seperti sebelum ini.

Mungkin disebabkan rindu yang terlampau, semalam 10 individu ditahan ketika sedang menunggu solat Isya’ di Masjid Sayong Tengah, Kuala Kangsar, Perak, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim menyatakan individu yang di tahan berusia 26 hingga 76. Allahu, mesti atok tu rindu masjid sangat.

Difahamkan ketika operasi, polis ini dibantu oleh anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Daerah Kuala Kangsar.

Laporan menunjukkan, mereka ditahan di dalam masjid kira-kira pukul 8:30 malam ketika sedang menunggu masuk waktu Isya’ selain terdapat jemaah lain yang sempat melarikan diri.

Hasil pemantauan di masjid berkenaan sebelum ini mendapati rata-rata mereka yang masih berdegil kebiasaannya terdiri golongan warga emas serta uzur.

Amaran sudah dikeluarkan beberapa kali terhadap pengurusan masjid itu sebelum ini, namun kedegilan mereka menyebabkan serbuan dilakukan,” – Asisten Komisioner Razali Ibrahim

Walaubagaimanapun, mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ekoran daripada kes ini,banyak netizen berasa simpati serta mereka merasakan warga emas di sana merindukan masjid sangat-sangat.

Jangan salahkan mereka…

Degil ke arah yang baik…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : lobak merah

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.