3 Rumah Bangl0 Sy0k Berjudl Diserbv, Kali Ini P0lis Yang ‘Menang Besar

Polis menyerbu pusat panggilan kegiatan judi dalam talian yang beroperasi di tiga buah banglo di Batu 14, Puchong petang semalam dan menahan 54 individu termasuk empat wanita.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata kesemua suspek warga China berusia antara 18 hingga 54 tahun itu ditahan oleh anggota Bahagian Anti Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7).

Katanya, pemeriksaan di kesemua banglo tiga tingkat itu membawa kepada penemuan 60 komputer, 313 telefon bimbit, enam modem serta tujuh unit penghala.

“Kesemua suspek tinggal di rumah ini dengan tingkat bawah dijadikan ruang untuk makan, tingkat dua untuk tidur dan tingkat atas untuk bekerja.
“Mereka ini mempromosi kegiatan judi dalam talian menerusi aplikasi WeChat,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati, pusat panggilan judi itu telah beroperasi sejak tiga bulan lepas.

“Pelanggan mereka adalah warga China dan keuntungan yang dicatat sehari adalah RM350,000. Polis juga mendapati banglo ini disewa dengan harga RM3,000 hingga RM4,000 sebulan,” ujarnya.

Menurut Huzir polis sedang mengesan pemilik banglo berkenaan serta individu yang menghantar makanan kepada mereka.

Huzir berkata kesemua suspek akan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan kesihatan mustahak kerana kita (polis) tidak mahu bawa suspek tidak sihat ke lokap, jika positif Covid-19 ia akan merebak,” katanya.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Bernama

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.