“Setiap Hari Beribu 0rang Matl…” Isa Khan Akui PKP Ajar Diri Lebih Bersyukur

Penyanyi Isa Khan berkongsi pandangannya terhadap hikmah di sebalik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan di negara kita.

Menurut Isa, PKP banyak mengajarnya untuk lebih bersyukur dan memandang jauh dalam kehidupan.

“PKP ini sebenarnya banyak mengajar aku untuk lebih bersyukur dan memandang lebih jauh dalam hidup ini.

“Sebelum ini, hari-hari fikir nak cari duit je, celik je mata pagi dah fikir duit duit duit. Sampai aku tak sedar yang sekarang ini dah akhir zaman dimana semua orang mengejar dunia lebih dari akhirat.

“Kadang masa solat pun kepala otak duk fikir pasal kerja lah itu lah ini lah, macam-macam sangat yang bermain dekat kepala sampai lupa perasaan rindu kita dengan Dia, sayangnya kita dengan Dia,” tulis Isa di Instagram.

Dalam pada itu, tunang kepada Risteena Munim ini juga mengajak orang ramai untuk membuka mata serta beringat dengan petanda yang diberi oleh Tuhan.

“Hari ini setiap hari kita tengok beribu-ribu orang mati di seluruh dunia, masih lagi nak kejar dunia yang sementara ni ke?

“Banyak dah tanda besar yang Dia tunjuk dekat kita, tolonglah kita sama-sama buka mata dan buka pintu hati kita, ubah mindset dan beringat-ingatlah. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada hari ini, tak salah kalau nak lebih maju dalam hidup ini cuma kena seimbang,” tulisnya lagi.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Isa di ruangan komen.

Rata-rata mereka turut bersetuju dengan pendapat Isa dan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana berkongsi mesej kebaikan.

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum. Just nak share dengan korang apa yang aku rasa sepanjang tempoh PKP ni. PKP ni sebenarnya banyak mengajar aku untuk lebih bersyukur dan memandang lebih jauh dalam hidup ni. Sebelum ni, hari” fikir nak cari duit je. Celik je mata pagi” dah fikir duit duit duit. Sampai aku tak sedar yang sekarang ni dah akhir zaman di mana semua orang mengejar dunia lebih dari akhirat. Kadang” masa solat pun kepala otak duk fikir pasal kerja lah itu lah ini lah. Macam” sangat yang bermain dekat kepala sampai lupa perasaan rindu kita dengan DIA, sayangnya kita dengan DIA. Banyak kali terlintas kat kepala perasaan nak dekatkan diri dengan DIA, tinggalkan urusan dunia kejap dan spend time dengan DIA. Tapi ada je kerja yang kene buat, lepastu asyik menangguh sampai ke sudah. Itulah sifat manusia yang dah sibuk sangat dengan dunia dan kejar sangat kemenangan kat dunia yang sementara ni sedangkan kemenangan kat akhirat tu yang abadi. Kita semua tahu benda tu tapi manusia ni mudah percaya dengan benda yang dia nampak depan mata macam kemewahan dunia, seronoknya dunia ni, tu yang manusia dok kejar dunia. Bukan kita tak tahu pasal akhirat, tahu. Cuma kita tak nampak, tu yang tak nak dok kejar tu. Harini setiap hari kita tengok beribu ribu orang mati di seluruh dunia, mati katak macam tu je. Masih lagi nak kejar dunia yang sementara ni ke? Bodoh lah kalau kita masih berbuat demikian. Dah jelas lagi bersuluh yang dunia ni dah tua, dah tak larat nak tampung manusia” yang penuh dengan dosa ni. Banyak dah tanda” besar yang DIA tunjuk kat kita, tolong lah kita sama” buka mata dan buka pintu hati kita, ubah mindset dan beringat ingat lah. Bersyukur lah dengan apa yang kita ada harini, tak salah kalau nak berusaha untuk lebih maju tapi hidup ni kene balance. Sebab kehidupan yang paling sempurna adalah kehidupan yang seimbang dunia dan akhirat. Aku sekadar sharing dengan korang. Semoga kita sama” di jauhkan dari malapetaka atau wabah penyakit yang berbahaya, supaya kita sempat bertaubat sebelum nyawa kita di angkat. Start now guys, masa dah suntuk. Jom kita sama” dekatkan diri dengan DIA, beramal antara manusia, bersedekah dan selalu bersyukur tu yang paling penting. Salam.

A post shared by ℑ𝔖𝔄 𝔎ℌ𝔄𝔑 ™ (@theisakhan) on


Terdahulu, Isa dan Risteena bertunang pada November 2019 di Bali, Indonesia.

Majlis pertunangan itu dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.