Sarung Unif0rm TLDM, Pemain B0la Pasukan Tentera Tetap Bertugas Demi Negara

Selain daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka yang bertugas dalam sektor pertahanan juga merupakan antara barisan hadapan yang bertugas memastikan Covid-19 tidak menular.

Berkhidmat demi negara

Oleh hal yang demikian, seorang pemain bola sepak yang juga merupakan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sharzizi Azmi telahpun menyarung kembali uniform TLDM untuk tugas getir ini.

Sharzizi yang juga merupakan pemain bolasepak dalam Liga M3 untuk pasukan Armed Forces FC (AFFC), memaklumkan menerus laman Facebook AFFC bahawa dia bertanggungjawab untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh PKP di Kuala Lumpur.

Isteri juga seorang frontliner

Selain daripada itu, isterinya juga turut sama-sama berjuang semasa tempoh Covid-19 ini apabila bertugas sebagai jururawat di hospital.

Pengorbanan ini sememangnya amat besar buat Sharzizi kerana terpaksa meninggalkan anak-anak mereka untuk bertugas kepada negara.

Rindu beraksi diatas padang

Menyentuh perihal kerjayanya sebagai pemain bolasepak pula, Sharzizi bersama rakan sepasukan lain mengakui rindu untuk beraksi di padang apatah lagi AFFC ketika ini memulakan saingan dengan baik untuk berada di tangga kedua liga selepas dua perlawanan.

Justeru, dia enggan pencapaian yang diraih terhenti setakat itu sahaja dan mengharapkan agar semua pihak dapat bekerjasama dalam usaha menangani wabak COVID-19 ini.

“Kalau kita sama-sama terus kuat lawan wabak ini, saya percaya semuanya akan pulih dengan segera dan semua pasukan dapat kembali beraksi.”

Kami bertugas, anda duduk rumah

Gambarnya yang berpakai lengkap anggota tentera tular apabila dia dan bersama temannya meninggalkan nota meminta agar orang ramai duduk dirumah bagi memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia.

Pemain pertahanan untuk pasukan AFFC yang berusia 35 tahun ini bertanggungjawab untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh PKP di Kuala Lumpur.

Terdahulu semua saingan domestik ditangguhkan oleh Malaysian Football League (MFL) sejak 16 Mac lalu akibat wabak COVID-19 termasuk Liga M3 dibawah kelolaan Amateur Football League (AFL).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Amateur Football Luague

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.