Pendapatan Terpvtus Sejak PKP, Bapa Miliki Dua Anak 0KU Tabah Hadapl Ujian

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah kisah hidup sebuah keluarga ini apabila terpaksa berhadapan kesempitan hidup.

Menerusi perkongsian di Facebook, si bapa bekerja hanya menjaja kuih muih, namun sejak tempoh PKP dilaksanakan pendapatan mula terjejas kerana tidak dapat keluar bekerja.

Dua orang anak OKU

Mempunyai lima orang anak, manakala dua daripada mereka adalah berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU), tidak dapat makan dan minum seperti biasa.

Bergantung dengan mesin susu

Abang yang berusia 6 tahun dan adik pula 3 tahun ini, hanya bergantung kepada mesin yang menyalurkan susu. Tempoh PKP masih dilanjutkan mendatangkan kerisauan buat keluarga ini.

Bagaimana pun, dimaklumkan keluarga ini telah menerima sumbangan, tetapi masih tidak dapat kita jangka sampai bila keluarga ini mampu bertahun.

Bantu anak syurga

Dalam maklumat baru yang diterima menerusi Facebook, Berita Pasir Mas, keluarga ini berasal dari Kelantan. Jika sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan boleh mendapatkan maklumat yang telah dikongsikan.

Lokasi tidak dinyatakan dengan terperinci, diharapkan NGO yang berkaitan boleh membantu keluarga ini, agar dapat mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Berita Pasir Emas &  Info Kesihatan Malaysia

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.