Hal tersebut berlaku disebabkan pendemik Covid-19 yang menular dan menyerang tidak kira siapa. Oleh sebab itu, kerajaan Malaysia telah mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) diteruskan ke fasa ketiga.
Sampaikan sumbangan dari mat rempit
Namun, pastinya ada yang kesempitan kerana hampir sebulab kehilangan pendapatan. Jadi, ramai pihak yang ketika ini menghulurkan bantuan tidak kiralah dari pihak kerajaan, NGO mahupun individu secara berkumpulan.
Dalam beberapa perkongsian pengguna Facebook, para pemuda bermotosikal yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘mat rempit’ telah memberikan bantuan barangan dapur kepada insan-insan kesusahan di sekitar kawasan mereka.
Edar sumbangan sekitar kampung
Selain daripada pengguna yang menggunakan namaTea O Beng di Facebook, seorang lagi belia yang dikenali sebagai Ariffuddin Shukri turut melakukan perkara yang sama.
Mereka membawa barangan dapur dan diserahkan kepada penduduk kampung yang sememangnya terkesan dengan PKP sejak sebulan lepas.
Berjaya kumpul RM5,000
Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Ariffuddin di Mstar Online, geng mat rempit ini telah berjaya mengumpulkan RM 5,000 dan disumbangkan bagi membeli barangan dapur serta diedarkan kepada mereka yang memerlukan.
Terbaik anak muda
Dalam perkongsian yang dilakukan oleh salah seorang pengguna Facebook itu, rata-rata warganet telah memuji tindakan mereka.
Warganet turut berterima kasih kepada golongan mereka yang mengambil tindakan murni dengan menghulurkan bantuan ketika keadaan agak genting waktu ini.
Semoga Allah permudahkan urusan kalian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM
Sumber : Mstar, Ariffuddin Shukri, Tea O Beng
PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.