Pakcik ‘Tahan Lapar’ Cari Kerja Di KL, Ebit Lew Dah Bayarkan Hutang Bilik Sewa

Kisah seorang lelaki warga emas yang hilang tempat tinggal semalam mendapat perhatian pendakwah bebas, ustaz Ebit Lew yang kini aktif membantu insan tidak berkemampuan.

Menerusi laman Facebook, beliau bergegas mencari pakcik yang dipanggil Pak Long itu untuk memberikan bantuan sewajarnya tanpa perlu tinggal di tepi jalanan lagi.

Menurut ustaz Ebit, pakcik itu ingin mencari rezeki dengan menyewa sebuah bilik di ibu kota selepas isterinya meninggal dunia.

Lama tak bayar sewa, takde bilik untuk tinggal

Beliau kemudiannya menghubungi pemilik sewa dan membayar semua hutang tersebut sehingga Pak Long menangis terharu apabila mengenang kebaikan ustaz Ebit.

Saya bayarkan jer bulan2 selagi pakcik nak duduk situ..

Bukan itu sahaja, ustaz Ebit juga memberikan wang perbelanjaan untuk pakcik berkenaan berehat sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 28 April ini.

Senyuman tangisan itu buat saya rasa lega!

Terdahulu, seorang gadis Nazira Sanudin membelikan sekotak KFC untuk dijamah pakcik tersebut selepas kasihan melihat keadaannya yang menahan kelaparan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Ebit Lew

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.