Nak Tanggung Anak Sambung ‘Study’, Bapa Glgih Redah PKP Jual Ikan Rumah Ke Rumah

Hampir sebulan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) berlangsung, pastinya sudah ada yang mulai berasa gusar susulan pendapatan harian terjejas.

Walaupun bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan orang sekeliling tidak putus-putus, ia tetap menggangu sumber pendapatan sesetengah individu yang bekerja gaji hari.

Jual ikan musin PKP

Susulan daripada itu, menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang gadis telah menyatakan rasa sebaknya apabila bapa tersayang memuat naik status di whatsApp mempromosikan ikan-ikan segar.

Nak biayai pelajaran anak

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Dania hasrul itu, dia memaklumkan bahawa mereka sekeluarga memerlukan wang yang banyak sepanjang PKP ini.

Dalam pada masa yang sama juga, ayahnya sedang memgumpul wang untuk menghantarnya menyambung pelajaran tidak lama lagi.

Sama2 bantu untuk rezeki ayah

Dia yang berasa terkesan dengan usaha bapanya itu telah berasa sebak dan berharap dengan muat naik tersebut dapat membantu mendapatkan rezeki buat ayah.

Dania memaklumkan bahawa bapanya membuat penghantaran ikan segar terus kerumah jika ada yang mahu mendapatkan makanan basah itu.

Susah payah seorang ayah

Sehubungan dengan posting yang dibuat, pengguna media sosial itu telah mendapat lebih daripada 22 ribu perkongsian semula dan 10 ribu tanda suka di Twitter.

Rata-rata turut berasa sebak dan mendokan agar perniagaan ayahnya di permudahkan. Ada juga yang berada berhampiran kawasan perumahannya yang mahu mendapatkan ikan segar daripada bapa gadis itu dan akan menghubungi lelaki tersebut.

Semoga terus dimurahkan rezeki

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Dania Hasrul

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.