Lahlr Dengan Usvs Atas Parv2, Bayl Berusia 10 Hari Menlnggal Dunla

Hanya berusia sepuluh hari, bayi yang dilahirkan dengan usus di atas paru-paru Siti Aisyah Mohd Zulhusni meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tinusa 2, Sandakan petang semalam.

Ibu bayi tersebut, Annie Liza Wabiso berkata kesihatan anaknya tidak menentu sejak beberapa hari lalu selain gagal membawa Siti Aisyah untuk dibedah segera sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Sumbangan kami terima belum mencukupi. Namun kami berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sumbangan.
“Doakan kami sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Terdahulu, Annie yang juga pemegang Pas Pengenalan Sementara IMM13 memohon bantuan orang ramai setelah menghadapi masalah kewangan kerana kos pembedahan mencecah ribuan ringgit.

“Pegawai perubatan menasihatkan pembedahan dijalankan. Tapi masalahnya kami tidak mampu dan tiada wang yang mencukupi untuk menanggung kos berkenaan,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.