“28 Hari H0me W0rk 0ut Dan Amalkan…”Hans Issac Turun 4 Kg Dengan Cara Ini…

Aktor Datuk Hans Issac mendedahkan berat badannya turun sebanyak 4 kilogram (kg) selama 28 hari berada di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Hans, selama waktu itu dia telah mengamalkan pemakanan sihat serta melakukan aktiviti bersenam di rumah.

“28 hari bersenam di rumah dan mengamalkan pemakanan sihat. Tak lupa minum air selalu.

“Dari 85kg turun ke 81kg. Target nak turun sampai 80kg,” katanya.

Hans berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut Hans turut memuat naik fotonya yang sedang berpeluh seperti baru sahaja melakukan senaman.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang akui ia memberi inspirasi kepada mereka untuk mengamalkan gaya hidup sihat meskipun berada di rumah.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP mulai Rabu (18 Mac) sehingga 28 April 2020, di seluruh negara.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, memakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!

 

View this post on Instagram

 

28 days home work out and managing my food . Tak lupa minum air selalu . From 85kg down to 81kg . Target 80kg !

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.