Kant0i Jual Karipap Sekali Dengan Air Ketum

TINDAKAN seorang wanita menjual karipap sekali dengan air ketVm membawa p4dah apabila dit4han p0lis di gerainya di Kampung Bendang Baru di Langkawi, hari ini.

Wanita berusia 45 tahun itu dicekup anggota dari Balai P0lis Kuah susulan aduan awam pada 3.50 petang.

Ketua P0lis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek mengakui menjual air ketum bagi menambah pendapatan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Suspek menjual karipap di gerainya dalam PKP adalah semata-mata helah mahu mengaburi mata pihak berkuasa dan mengelak orang awam menghidu jenayah dilakukannya.

“Pemeriksaan menemui 44 bungkus plastik lut sinar mengandungi cecair dipercayai air ketum dengan anggaran 13.2 liter di dalam gerainya,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Mohd Iqbal berkata, polis turut merampas sebuah tong berwarna hitam dipercayai digunakan untuk menyimpan bungkusan air ketum.

“Siasatan awal mendapati suspek yang juga penduduk tempatan mengaku memperoleh bekalan air ketum daripada seorang lelaki dikenali sebagai Mat dari Kampung Ewa.

“Suspek ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

SUMBER

Be the first to comment on "Kant0i Jual Karipap Sekali Dengan Air Ketum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*