PKP Fasa Ketiga Adalah Tempoh Penting Untuk Negara! Tak Mustahil Boleh Tamat Kan Penularan Wab@k C0VlD19 – Dr Noor Hisyam

PUTRAJAYA – Fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disifatkan tempoh penting yang berupaya menamatkan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan keyakinan itu bersandarkan kepada perkembangan statistik semasa penularan wabak terbabit.

Sehubungan itu, katanya, kesinambungan kawalan yang menyaksikan kejayaan hingga kes COVID-19 berupaya dikurangkan menerusi PKP fasa pertama dan kedua harus diteruskan pada fasa ketiga.

“JP Morgan sebelum ini jangkakan kita bakal berdepan peningkatan kes mendadak sebanyak 6,300 kes esok, tetapi setakat jam 12 tengah hari tadi, Malaysia hanya mencatat 4,817 kes.

“Esok saya jangkakan jumlah keseluruhan positif COVID-19 adalah kurang daripada 5,000 kes dan ia hasil keberkesanan daripada PKP fasa pertama dan kedua.

“Setakat minggu ke-13, Malaysia masih dalam fasa pemulihan daripada penularan wabak COVID-19, tetapi kita akan terus pantau sebab kes belum berkurangan lagi,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

SUMBER

Be the first to comment on "PKP Fasa Ketiga Adalah Tempoh Penting Untuk Negara! Tak Mustahil Boleh Tamat Kan Penularan Wab@k C0VlD19 – Dr Noor Hisyam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*