Hadiahkan Reban Ayam Di Hari Lahlr Isteri Tercinta

RAUB – Kisah seorang suami menghadiahkan sebuah reban ayam sempena ulang tahun kelahiran isterinya kerana tidak boleh ke mana-mana sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tular di laman sosial.

Mohd Nazri Ismail, 40-an, berkata, pada tahun ini dia mahu memberi kelainan dan turut membuat kek sendiri sempena hari lahir isterinya, Rashidah A Rahman.

Bercerita lanjut, kata Mohd Nazri, dia tinggal di Felda Sungai Koyan Dua, Raub Pahang, kedudukan rumahnya agak jauh dari bandar.

“Nak beli hadiah lain memang tak boleh kerana PKP. Kami duduk kampung jauh nak pergi ke bandar. Lagi pun tak boleh keluar.

“Jadi saya cadang buat reban ayam baru untuk isteri. Lagipun dia suka bela binatang macam ayam, puyuh dan itik. Maka tahun ini, hadiah hari lahir lebih unik dari tahun sebelumnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Zulkifli juga ulang kongsi status Mohd Nazri hingga tarik perhatian ramai.

Terdahulu, kisah pasangan ini yang tular di media sosial menarik perhatian ramai termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Zulkifli menyifatkan kesungguhan menzahirkan kasih itulah hadiah yang paling berharga dan mendoakan pasangan ini berbahagia hingga ke syurga.

Bercerita kepada Sinar Harian, Mohd Nazri yang bertugas di kapal dagang berpangkalan di Dubai berkata, dia tidak kekok untuk memasak kerana ketika berada di atas kapal, sudah biasa berbuat sedemikian.

Mohd Nazri membuat sendiri kek hari jadi buat isterinya.

“Saya tak pandai sangat masak tapi saya minat. Saya kerja di kapal, jadi kekadang di atas kapal masak sendiri, dari situ saya belajar.

“Lagipun ketika ini isteri mengalami keguguran dan pastinya di saat getir ini saya perlu menggalas tugas memasak untuk isteri termasuk dua orang anak,” ujarnya.

Selain memasak, sepanjang aktiviti PKP, Mohd Nazri juga akan berkebun dan membawa bapa mentua ke klinik kesihatan untuk menjalani rawatan dialisis.

Menurut Mohd Nazri, dia sepatutnya berada di Cairo atas tuntutan kerja bagaimanapun pada hematnya keluarga lebih penting semasa PKP dan rezeki boleh dicari.

Mohd Nazri bersama dua anak kesayangannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

SUMBER

Be the first to comment on "Hadiahkan Reban Ayam Di Hari Lahlr Isteri Tercinta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*