Jemaah Positif C0vid-19, Masjid Al Munawwarah Ditutup

MASJID Al-Munawwarah di Seksyen 27, Shah Alam ditutup sementara waktu berikutan seorang jemaahnya yang disahkan positif Covid-19 selepas pulang daripada bercuti di Vietnam.

Nazir masjid, Muhaiyat Husin berkata, penutupan sementara itu membabitkan semua aktiviti termasuk solat fardu bagi membolehkan kerja pembersihan dilakukan.

“Atas pertimbangan keselamatan jemaah dan penularan wabak Covid-19, kami memaklumkan bahawa Masjid Al Munawwarah akan ditutup sementara waktu untuk sebarang aktiviti.

“Semua jemaah dan ahli kariah dinasihatkan untuk solat di rumah atau ke surau dan masjid berdekatan lain, sementara menunggu tindakan lanjut oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Pejabat Agama Islam Daerah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pegawai masjid akan bertugas melaungkan azan seperti biasa, namun kariah tidak digalakkan untuk solat berjemaah di masjid.

Katanya, notis akan ditampal di pagar dan pintu masuk masjid bagi pemberitahuan perkembangan terkini itu.

“Insya Allah ibadat dan aktiviti masjid akan diteruskan selepas selesai pembersihan dan disahkan pihak berwajib,” katanya.

 

Sumber  : MY METRO

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

SUMBER

Be the first to comment on "Jemaah Positif C0vid-19, Masjid Al Munawwarah Ditutup"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*