“Buat Group Semata2 Nak Jatvhkan Aku…” Anju ‘Pnas Hati’ Jadi Bahan Kutvkan

Gara-gara memuat naik video memberi komen berkenaan isu bantuan khas buat para selebriti, pelakon Zarina Anjoulie atau  lebih mesra dipanggil Anju, telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penggiat seni tanah air.

Susulan daripada itu, Anju telah mendapati terdapat satu kumpulan di dalam aplikasi Telegram yang terdiri daripada beberapa orang artis, telah membuat satu gerakan untuk menjatuhkannya.

“Kenapa tergugat sangat dengan aku…”- Anju

Tidak hanya tinggal diam, Anju menerusi IG telah membidas semula segala kata hinaan yang dilontarkan terhadapnya. Anju menegaskan, di dalam video tersebut dia sama sekali tidak menyebut nama mana-mana artis.

Malah Anju beranggapan bahawa segala yang diperkatakan adalah apa yang telah disuarakan oleh netizen, maka bekas pelakon itu tidak merasakan dia menjadi punca golongan artis dikecam.

https://www.instagram.com/tv/B-Yvbi1Hycc/embed/captioned/?cr=1&v=12&wp=658&rd=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc&rp=%2Fbuat-group-semata2-nak-jatuhkan-aku-anju-panas-hati-dikecam-artis-senior%2F

“Kecam aku, hina netizen bodoh…” – Anju

Anju juga berkata, sekumpulan artis tersebut telah bertindak mahu menyamannya dan melaporkan akaun Instagramnya sehingga ditutup, sedangan selama ini dia menggunakan IG tersebut untuk membantu orang lain.

Tidak cukup dengan itu, Anju telah memuat naik beberapa screenshot perbualan di dalam kumpulan Telegram para selebriti tersebut.

Sebut nama artis sorang2

Anju juga telah menyebut nama beberapa orang selebriti yang dipercayai menggunakan kata-kata kesat terhadapnya dan juga para netizen.

Begitulah antara maklum balas Anju  berkenaan perkara tersebut, malah difahamkan juga pihak Seniman telah membuat laporan polis terhadap videonya yang terdahulu.

Diharapkan kedua-dua belah pihak boleh menyelesaikan isu ini dengan lebih baik, tanpa perlu merumitkan dan mengeruhkan lagi keadaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Zarina Anjoulie

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Buat Group Semata2 Nak Jatvhkan Aku…” Anju ‘Pnas Hati’ Jadi Bahan Kutvkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*