Bantu Ringankan Beban, Agong Perkenan Kerajaan Tidak Bayar Emolumen Dir4ja

Dalam keadaan negara sedang berhadapan denga krisis wabak virus ini, namun kita masih lagi boleh bersyukur kerana dikurniakan para pemimpin yang berjiwa rakyat.

Terdahulu, media telah melaporkan bahawa Perdana Menteri dan kesemua ahli jemaah menteri termasuk timbalannya, telah bersetuju untuk memotong gaji mereka selama dua bulan untuk disalurkan ke Tabung Covid-19.

Bantu ringankan beban kerajaan

Menerusi laporan media, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan, supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja.

Penangguhan bayaran akan dijalankan selama enam bulan bermula Mac hingga Ogos. Usaha ini adalah untuk meringankan beban kerajaan dalam menangani pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, menyifatkan Perkenan Seri Paduka baginda berdua mencerminkan keprihatinan terhadap krisis kewangan yang melanda rakyat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Harian Metro

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Bantu Ringankan Beban, Agong Perkenan Kerajaan Tidak Bayar Emolumen Dir4ja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*