19 Ribu Orang ‘Sign’ Petlsyen, Setuju Vivy Yusof Letak Jawatan Ahli Lemb4ga Pengarah UiTM

Gara-gara membalas komen bersetuju, mengenai pendapat seorang usahawan tempatan yang mengulas isu bantuan yang diterima golong berpendapatan rendah, B40, ahli perniagaan Vivy Yusof sehingga kini masih menerima kecaman netizen.

Setelah mendapat pelbagai kecaman, sehingga ada yang mahu memboikot kesemua produknya, Vivy dalam satu kenyataan di laman Instagram telah membuat satu permohonan maaf.

Tiada niat nak menghina

Jelas usahawan tersebut, dia sama sekali tidak berniat mahu memperlekehkan mahupun menghina golongan B40, sebaliknya dia hanya mahu memperjuangkan nasib peniaga-peniaga SME yang juga sedang berhadapan dengan kerugian.

 

View this post on Instagram

 

Sorry, everyone. 🙏❤

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on

Lancar petisyen Vivy letak jawatan

Namun, permohonan maaf tersebut nampaknya masih belum lagi mampu meredakan kemarahan di hati netizen. Malah, kini terdapat satu petisyen yang diwujudkan pihak Alumni Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) khas buat usahawan itu.

Difahamkan, petisyen tersebut dibuat bertujuan untuk menggesa usahawan tersebut meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah di UiTM.

Tidak menjalankan tugas dengan baik

Antara intipati petisyen tersebut adalah, mengatakan bahawa  Vivy selaku ahli lembaga pengarah UiTM tidak menjalankan tugas dengan baik, dan telah menyentuh sensitiviti para penuntut yang kebanyakkannya daripada golongan B40.

Setakat ini, petisyen tersebut mendapat sokongan sebanyak 19,600 orang yang bersetuju untuk menuntut ahli perniagaan itu melepaskan jawatannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Rotikaya

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "19 Ribu Orang ‘Sign’ Petlsyen, Setuju Vivy Yusof Letak Jawatan Ahli Lemb4ga Pengarah UiTM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*