“Tiada Sesiapa K3bal, Jangan Buang Duit” Kec0h G4ntung Kad Kesih4tan Di Leher Boleh Hapvs Kuman, Virvs C0vid-19

KECOH di media sosial gambar yang memaparkan menteri memakai kad kesihatan yang digantung dileher, dipercayai boleh menghapuskan kuman dan virus Covid-19.

Kad dikenali sebagai ‘health tag’ itu dipercayai boleh didapati dengan mudah di farmasi dengan harga sekitar RM59.90.

Menurut iklan yang tersebar di media sosial, kad tersebut didakwa boleh menghapuskan virus dan bakteria dalam radius satu meter daripada pemakainya.

“Tahan 45 hari. Kat W***** harganya RM59.90. Kalau dah duduk rumah, tak perlulah pakai. Biar mereka yang bertugas di luar yang beli dan pakai. Apa pun ikhtiar,” demikian menurut posting iklan tersebut.

Namun Pakar Perunding Perubatan Umum dan Nefrologi, Dr Rafidah Abdullah berkata kad tersebut tidak berkesan untuk mencegah jangkitan kuman atau virus termasuk Covid-19.

Dr Rafidah menafikan dakwaan tersebut.

“Sekali lagi saya tidak faham apa motif mereka ini mengambil kesempatan. Kasihan pakcik makcik di kampung semua yang mungkin akan berpusu-pusu mencari produk overclaim ini.

“Yang pastinya ia tidak mencegah Covid-19. Tidak menjadikan sesiapa kebal. Jadi jangan buang duit,” katanya dalam satu bebenang di Twitter.

“Macam-macam produk ada di pasaran tapi yang penting rujuk kepada KKM. Kita di KKM akan beri nasihat ikut fakta.”

DR NOORHISHAM ABDULLAH

KP KESIHATAN

Perkara itu turut mendapat perhatian Pusat Racun Negara yang turut memetik hasil kajian oleh Hidekazu Nishimura, yang diterbitkan Jurnal Jangkitan Persekitaran Jepun pada Julai 2017.

Menerusi kenyataan di Facebook, Pusat Racun Negara memaklumkan, hasil kajian bertajuk ‘Siasatan Terhadap Kegunaan Praktikal Alat Yang Mendakwa Mengeluarkan Klorin Dioksida’ mendapati tiada kesan pembasmian kuman atau virus berlaku disebabkan kad kesihatan berkenaan, serta gas dibebaskan pula sangat rendah atau tidak dapat dikesan langsung.

Menurut pakar, tiada bukti produk ini mampu mencegah jangkitan kuman dan virus.

Menurut kenyataan itu lagi, hasil kajian tersebut menunjukkan pemakaian ‘health tag’ tidak berkesan untuk mencegah jangkitan kuman atau virus sedia ada, apatah lagi Covid-19.

”Klorin dioksida adalah gas yang bersifat merengsa, terutama kepada saluran pernafasan bergantung kepada kuantiti dan kepekatan gas yang terdedah.

“Apa yang dibimbangi adalah kepercayaan pengguna terhadap produk ini akan menyebabkan mereka merasakan selamat dan dilindungi daripada jangkitan.

“Akibatnya, pemakai mungkin bersikap kurang berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah pencegahan yang terbukti berkesan seperti kerap membasuh tangan dan amalan penjarakkan sosial,”  katanya.

Dr Noorhisham Abdullah.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah turut menyedari penjualan produk tersebut di negara ini.

Namun beliau menasihati orang ramai supaya merujuk kepada Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum membeli produk tersebut.

“Macam-macam produk ada di pasaran tapi yang penting rujuk kepada KKM. Kita di KKM akan beri nasihat ikut fakta,” katanya pada sidang media, Isnin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tiada Sesiapa K3bal, Jangan Buang Duit” Kec0h G4ntung Kad Kesih4tan Di Leher Boleh Hapvs Kuman, Virvs C0vid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*