“Simpan Dalam Peti Besi,” Syed Saddiq Hilang Wang Tunai RM250,000 Di Rumah

Sebenatar tadi dalam berita 1.30, pihak TV3 telah memaklumkan bahawa Bekas Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah kehilangan sejumlah wang milik Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di kediamannya.

Menurut berita tersebut, Syed Saddiq telah membuat laporan polis apabila duit yang disimpan di kediamannya di Kampung Tunku, Petaling Jaya berjumlah RM 250,000 hilang.

Kata laluan hanya dia sahaja yang tahu

Beliau turut memberitahu kepada pihak polis bahawa kata laluan untuk peti besi itu hanya diketahui dirinya sendiri dan rumah yang didiaminya hanya diduduki olehnya serta seorang pembantu rumah warganegara Indonesia.

Buat kenyataan di media

Dalam kenyataan bekas menteri itu di Facebook, beliau telah menjelaskan kecurian yang berlaku dan memberitahu bahawa sejak semalam pihak polis dan forensik sudah pun masuk ke rumahnya untuk melakukan siasatan.

Walau bagaimanapun, beliau menafikan bahawa wang tersebut milik PPBM dan mendakwa laporan berita tersebut adalah tidak sahih.


Buat masa ini, siasatan daripada pihak polis sedang dijalankan dan pembantu rumah tersebut sudah pun ditahan bagi membantu siasatan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : Syed Saddiq Positve Quote

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Simpan Dalam Peti Besi,” Syed Saddiq Hilang Wang Tunai RM250,000 Di Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*