“Saya Sudah Lama Hid0p Susah, Tak Pernah Pun Minta Bantuan Khusus” Mohd (Mentor) Selesa Jadi Pemandu Grab Kalau Tiada ‘Sh0w’

BIARPUN bergelar seorang artis dan pendapatannya terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyanyi Mohd (Mentor) tidak terdesak memohon bantuan khas daripada kerajaan.

Mohd atau nama sebenarnya Mohamad Izwan Mohamad Nor, 32, berkata dia masih mampu untuk mengerahkan tenaganya mencari rezeki untuk keluarga.

Mohd berpendapat ramai lagi rakyat yang kurang bernasib baik dan hilang sumber pendapatan memerlukan bantuan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Hi, saya mohamad juara mentor 4,okay. Saya ni artis tetapi saya tidak meminta minta pun bantuan dekat kerajaan kerana saya sedar ada orang lebih layak lagi memerlukan bantuan. . Walaupun kehidupan ini tidak selalunya indah itu yg membuat saya terus berusaha mencari rezeki untuk keluarga kerana saya masih mampu lagi dan kuat. . . kadang2 bila tiada job untuk show, saya akan buat ehailing seperti Grab, Mycar dan sebagainya. Sy tak malu pun bawa Grab sebab rezeki itu ada dimana2 yg penting usaha. . Seronok bawa ehailing ni jumpa macam2 orang. Kalau ada penumpang nk saya menyanyikan lagu boleh je yg penting anda terhibur dan sampai ke destinasi yg hendak dituju. Jangan lupa bagi 5 bintang ya 😅. . Hidup ini jangan sombong, tak rugi pun rendah diri kerana kehidupan ini ibarat roda yg berpusing. Kadang diatas kadang dibawah. Orang cerdik boleh salah, orang pintar boleh gagal dan orang hebat pun boleh jatuh. . Arwah abah saya pernah pesan , kalau tak boleh memberi jangan la kita meminta2 cuba berusaha dulu inshaAllah akan dipermudahkan.. . Saya dah lama gile susah sebelum PKP lagi tak pernah pun minta “bantuan khusus”.. 🤣 . Terima kasih kerajaan Malaysia duit keluarga dapat, ehailing dapat dan macam2 lagi itu pun dah bersyukkur sangat. bersyukur akan membawa kita kepada jalan kemudahan. #stayathome #covid19 #artiske?

A post shared by MOHD MENTOR (@mimn_official) on

Perkongsian Mohd di Instagram.

“Saya ini artis tetapi tidak meminta-minta bantuan dekat kerajaan kerana saya sedar ada orang lebih layak lagi memerlukan bantuan.

“Kehidupan ini tidak selalunya indah, sebab itu saya terus berusaha mencari rezeki untuk keluarga kerana saya masih mampu lagi dan kuat,” tulis Mohd di laman sosialnya.

Sebelum ini, kecoh apabila selebriti Black Hanifah, Tomok dan Shuib menyuarakan pandangan mereka mengenai anak seni khususnya artis veteran dan pekerja belakang tabir perlu dibantu.

Isu tersebut mendapat perhatian netizen yang kurang senang kerana menganggap golongan artis mempunyai kehidupan mewah seperti yang sering dipamerkan di media sosial.

“Saya sudah lama hidup susah sebelum PKP lagi tak pernah pun minta bantuan khusus.”

MOHD MENTOR

PENYANYI

Dalam pada itu, juara program Mentor musim ke-4 ini mendedahkan dia akan melakukan pelbagai pekerjaan seperti memandu Grab jika tiada tawaran dalam bidang nyanyian.

“Apabila tiada job untuk show, saya akan buat e-hailing seperti Grab, Mycar dan sebagainya. Saya tak malu pun bawa Grab sebab rezeki itu ada di mana-mana… yang penting usaha.

“Seronok bawa e-hailing ni jumpa macam-macam orang. Kalau ada penumpang nak saya menyanyikan lagu boleh je yang penting anda terhibur dan sampai ke destinasi yang hendak dituju,” katanya.

Mohd turut menjelaskan bahawa dia sudah menjalani kehidupan yang susah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan.

Mohd bersama isteri dan anaknya.

“Hidup ini jangan sombong, tak rugi pun rendah diri kerana kehidupan ini ibarat roda yang berpusing, kadang di atas kadang di bawah.

“Arwah abah saya pernah pesan, kalau tak boleh memberi jangan la kita meminta-minta… cuba berusaha dulu inshaAllah akan dipermudahkan.

“Saya sudah lama hidup susah sebelum PKP lagi tak pernah pun minta bantuan khusus,” ujarnya.

Susulan penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac sehingga 14 April depan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Sudah Lama Hid0p Susah, Tak Pernah Pun Minta Bantuan Khusus” Mohd (Mentor) Selesa Jadi Pemandu Grab Kalau Tiada ‘Sh0w’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*