“Saya Mohon Ampun Dan Maaf, Harap Isu Ini Selesai,” Shuib

Pelawak dan penyampai radio, Shuib tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan pendapat yang diutarakan sebelum ini berkaitan bantuan khusus buat penggiat seni berikutan penularan COVID-19.

Meski pada awalnya ia bertujuan bagi menjelaskan situasi, perkara tersebut bagaimanapun hangat dibahaskan peminat dan rakan selebriti lainnya hingga menimbulkan reaksi bercampur-campur.

“Assalammualaikum semua. Saya mengambil apa yang berlaku berhubung kenyataan saya tempoh hari sebagai kesilapan sendiri.

“Saya MOHON AMPUN DAN MAAF dan saya harap isu ini selesai.

“Saya terima apa juga kata-kata anda. Satu yang pasti, saya selalu kenang jasa anda semua yang menyokong saya,” tulisnya pada entri Instagram yang turut dilampirkan foto awalnya terlibat dalam seni.

Suami kepada penyanyi, Siti Sarah itu pada masa sama turut meminta semua agar berdoa negara ini segera bebas dari penularan wabak.

“Sama-sama kita berdoa agar negara kita lekas bebas dari covid19 dan semoga kita sentiasa dilindungi,diberkati dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

“Sama sama kita bantu mana yg memerlukan dan semoga kita terus tabah dlm ujian ini… Mohon maaf skali lagi #pershuibofhappyness,” pohon Shuib.

Terdahulu, bintang itu menerusi satu rakaman video dimuat naik di platform sama antara lain berkata, dia terpanggil membuat rakaman bagi membela nasib rakannya yang dikritik selepas menyuarakan pandangan supaya kerajaan memberikan bantuan khas kepada penggiat seni.

Tambahnya, rakan-rakannya hanya menyuarakan pendapat, bukan demi kepentingan diri.

Sebaliknya, memperjuangkan hak penggiat seni, seperti artis veteran serta kru produksi balik tabir yang dihimpit kesulitan hidup selepas penguatkuasaab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Serentak dengan itu, para peminat dan netizen termasuk selebriti ada meninggalkan komen positif buatnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Instagram Shuib via Mh

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Mohon Ampun Dan Maaf, Harap Isu Ini Selesai,” Shuib"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*