“Roti Pun Kena Cvlik Sekarang Ni” Lori Gardenia Hlang Di KL, Dijumpai Semula Di Terengganu

Baru-baru ini, masyarakat kecoh apabila kilang roti Gardenia mengumumkan mereka tidak dapat menambah pengeluaran roti kerana pengeluaran mereka telah mencapai tahap maksimum. Bagaimanapun, mereka memberi jaminan roti mencukupi dan pengeluaran akan berjalan seperti biasa.

Sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan, roti Gardenia menjadi barangan yang paling berharga. Sampai habis roti kat kedai sebab ramai yang borong habis roti ni weh!

Kali ini admin nak kongsikan tentang lori Gardenia yang baru-baru ini tular di media sosial hilang di Kuala Lumpur akhirnya telah dijumpai semula di Terengganu, lapor Harian Metro. Alhamdulillah!

Difahamkan, lori tersebut telah ditemui oleh penduduk kampung berdekatan Masjid Beris Meraga, Kijal, Chukai, Terengganu.

Kesemua muatan roti dikatakan masih lagi ada di dalam lori itu yang telah ditemui kira-kira pada pukul 8 malam.

Rata-rata netizen berpendapat bahawa si pencuri bukannya mahu mencuri roti sebaliknya mungkin hanya mahu menggunakan lori untuk pulang ke kampung.

Ye lah, sebab kalau nak balik naik kereta macam biasa, mesti pihak polis akan halang. Logik jugak tu. 

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, kes akan disiasat mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan. Untuk siasatan lanjut,  kes juga akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Kalau betul lah tekaan netizen ni, memang rare betul cara dia nak balik kampung. Silap-silap tidur dalam lokap nanti. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Lobk Merah

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Roti Pun Kena Cvlik Sekarang Ni” Lori Gardenia Hlang Di KL, Dijumpai Semula Di Terengganu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*