Hanya kerana dana pemberian kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia, sudah ada perselisihan faham di antara golongan artis itu sendiri.
Ada artis yang turut mahukan bantuan, ada yang kata tidak perlu, dan ada pula pihak yang menuduh artis berduit tetapi kedekut untuk menghulurkan bantuan.
Pertelegahan yang kalah jadi abu, menang jadi arang. Tidak menguntungkan sesiapa. Itulah yang hendak disampaikan oleh Sharifah Sakinah pada satu entri di Instagramnya.
“Alhamdulilah, kami tak perlukan bantuan. Itu pentingnya SAVING. Kami takda bag mahal ,kami enjoy je. Percaya kepada rezeki memberi.
“Ramai artis yang dah derma diam-diam tapi korang tatau. Ramai yang mengambil kesempatan dengan content ‘spill the tea’ artis, ramai yang sedang tunjuk hero (tapi itu boleh membatu apikan keadaan lagi),” tulis Sakinah.
Tambah Sakinah, ketika ini seolah-olah berlaku ‘civil war’ antara mereka yang bertekak siapa yang patut dapat apa, siapa yang lebih sengsara dan sebagainya.
“Tak kiralah sama ada kita B40, T20, PN, atau PH, bangsa Melayu, Cina, Johor, Kadazan atau negara besar macam US atau China.
“Kita semua hamba Allah di muka bumi. Kita kena jaga satu sama lain. Kita sentiasa saling memerlukan. Semoga Allah mengampunkan kita semua,” tulis Sakinah.
Tambah Sakinah lagi, ini baru dugaan sekecil zarah tetapi kesannya pada seluruh muka bumi tidak kira siapa dan taraf mereka.
“Kita ketepikan perbezaan antara kita dan fokus kepada cara untuk membantu. Setiap daripada kita ada fungsi tersendiri dalam satu keluarga besar yang dinamakan kemanusiaan.
“Sakinah sedih tau. Patutnya kena kerjasama, ni bergaduh-gaduh,” tambahnya lagi.
Ramai yang bersetuju dengan apa yang ditulis oleh Sharifah Sakinah. Kita semua sepatutnya bersatu ketika menghadapi bencana yang melanda, bukannya sibuk mencari salah antara satu sama lain.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM
Sumber : gempak
PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Ramai Artis Yang Derma Diam-Diam Tapi K0rang Tak Tau” Sharifah Sakinah Terkilan Ada ‘Civil War’ Sesama Artis"