“Pelanggan Batal Tempahan,” Rider Fo0dpanda Terdetik Bagi Fastf0od Kepada Kucing Jalanan Sebel0m Akhlrnya Diberi Kepada Insan Yang Sangat Lapar

TIDAK perlu menjadi kaya untuk bersedekah, cukuplah hanya sekadar memberi apa yang ada mengikut kemampuan.

Tindakan spontan dua rider Foodpanda pada Ahad lalu mendapat pujian ramai selepas pelanggan bertindak membatalkan pesanan lalu mereka memberikan makanan tersebut kepada gelandangan.

Ketika dihubungi, Syarazid Zulkifli, 23, memberitahu pada waktu itu dia telah membeli makanan di sebuah restoran makanan segera namun disebabkan jalan ditutup, pesanan itu terpaksa dibatalkan.

“Banyak juga makanan tu, nilai kesemuanya dalam RM80. Ada dalam lima ketul ayam goreng dan burger.

“Kebetulan pula waktu tu saya dah habis syif, jadi saya dan rakan saya, Amir, pada mulanya nak beri kepada kucing jalanan, kalau nak bawa balik semua pun banyak.

“Tapi sayang pula sebab makanan elok lagi… jadi kami pun cari gelandangan yang ada di sekitar Muar, Johor,” ujar pemuda yang lebih mesra disapa sebagai Syah itu.

Tambah Syah lagi, makanan yang disedekahkan tidaklah banyak, namun memadai untuk diberikan kepada tiga orang gelandangan.

Syah memberitahu semasa tempoh PKP, pelanggannya meningkat sebanyak dua kali ganda.

“Kami beri kepada gelandangan yang tunggu di depan bank. Selalunya mereka makan menggunakan duit sedekah daripada pelanggan yang keluar masuk, dah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni orang pergi bank pun tak ramai.

“Sewaktu saya beri makanan, saya boleh nampak muka mereka sangat lapar sambil tak berhenti cakap terima kasih kepada saya.

“Saya tengok mereka pun dah sebak, tak dapat bayangkan kalau ahli keluarga kita sendiri jadi macam tu.”

SYAH

“Saya tengok mereka pun dah sebak, tak dapat bayangkan kalau ahli keluarga kita sendiri jadi macam tu.

“Ramai orang cakap kerja macam saya ni susah, tetapi saya tidak berpendapat seperti itu kerana saya lihat ada yang lebih susah,” kata Syah yang menjadikan kerja penghantar makanan sebagai pekerjaan tetapnya.

Perkongsian Syah di laman Twitter mendapat perhatian netizen.

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh kerajaan, Syah memberitahu perkhidmatannya mendapat permintaan yang tinggi.

“Alhamdulillah, disebabkan ramai orang tak nak keluar rumah, ramai yang gunakan servis penghantar untuk hantar makanan ke kediaman mereka.

“Jumlah pelanggan pada tempoh ini meningkat dua kali ganda berbanding waktu biasa walaupun hampir separuh restoran dan gerai tidak dibuka,” ujar Syah yang merupakan rider Foodpanda pertama di daerah Muar.

Perkongsian yang dimuatnaik sendiri oleh Syah di laman Twitter sehingga kini telah mendapat sebanyak 27,900 tontonan dan 2,239 retweet (ulang kicau). Rata-rata netizen memuji tindakan Syah dan Amir yang prihatin terhadap nasib gelandangan.

“Semoga murah rezeki… tak semua orang mampu buat macam kau,” tulis seorang pengguna Twitter.

They are on another level of hungry. Nampak orang hulur makanan je terus sambut macam budak kecil,” tambah pengguna lain.

“Golongan B40 ini juga yang banyak membantu orang lain yang dalam kesusahan,” ujar seorang netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment on "“Pelanggan Batal Tempahan,” Rider Fo0dpanda Terdetik Bagi Fastf0od Kepada Kucing Jalanan Sebel0m Akhlrnya Diberi Kepada Insan Yang Sangat Lapar"

  1. Semoga dalam rahmat Allah. Segala puji bagi Allah sahaja.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*