May@t Pesaklt C0vid-19 Diangkut Guna F0rklift Sebelum Disimpan Dalam Treler ‘Sejuk’

RAKAMAN video menunjukkan mayat dimasukkan ke dalam treler dilengkapi penghawa dingin di New York ketika kematian akibat wabak Covid-19 mencecah 1,000 orang.

Video yang dimuatnaik di laman YouTube itu menyaksikan petugas kesihatan menggunakan forklift untuk mengangkut kesemua mayat sebelum dimasukkan ke dalam treler tersebut yang diletakkan di luar Hospital Brooklyn.

Dalam video itu seorang lelaki yang merakam video itu berkata:”Ini kisah benar. Situasi di Brooklyn. Mereka menyimpan mayat di dalam treler.

“Ini bukan gurauan. Ini Hospital Brooklyn. Situasi ini mungkin membuatkan anda mengambil serius perkara ini,” katanya.

Setakat pagi Isnin, New York mengesahkan 60,000 kes positif Covid-19 dengan sekurang-kurangnya 965 maut akibat wabak itu.

Peningkatan itu menyebabkan kekurangan katil dan kemudahan perubatan di hospital dan pusat kecemasan di seluruh wilayah tersebut.

Untuk mengatasi kesesakan di bilik mayat, New York telah mewujudkan bilik mayat tambahan termasuk treler yang dilihat di dalam video yang tular itu.

Dua treler turut dilihat diletakkan di penjuru jalan 30th Street dan FDR Drive minggu lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "May@t Pesaklt C0vid-19 Diangkut Guna F0rklift Sebelum Disimpan Dalam Treler ‘Sejuk’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*