Lelah Dan Letih Sepanjang PKP, Akisama Group Turun Padang Ringankan Beban ‘Frontliner’ Stayathome

Penularan wabak novel coronavirus di Malaysia dilihat semakin meningkat saban hari. Wabak Covid-19 yang bermula di Wuhan, China telah disahkan sebagai pandemik oleh WHO, dan ia jelas memberi kesan serius kepada seluruh dunia.

Kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan segera melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bagi mengurangkan penularan wabak ini. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini, rakyat dinasihatkan untuk duduk di rumah dan mengurangkan sebarang aktiviti di luar.

#Stayathome!

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh kerajaan bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang remeh kerana jika kita mematuhi perintah ini, kita akan berjaya memutuskan rangkaian wabak Covid-19.

Pelbagai saranan, rayuan dan kesedaran telah diberikan supaya rakyat Malaysia bekerjasama membendung wabak ini. Di media sosial pula, para petugas perubatan telah memuat naik status, foto dan video bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang betapa pentingnya untuk duduk di rumah.

Antaranya Dr. Gee Teak Sheng dari Hospital Pantai Pulau Pinang yang telah memuat naik foto, “I stay at work for you, you stay at home for us.”

Penat lelah melihat petugas frontliner bertungkus lumus memberikan khidmat bakti terbaik sepanjang PKP ini telah membuatkan Akisama Group iaitu sebuah syarikat pembangunan RC Residences terpanggil untuk membantu mereka melalui program ‘Keprihatinan Kepada Anggota Barisan Hadapan’

Akisama Group turun padang!

Akisama Group tidak mahu terlepas peluang untuk turun padang memberi sumbangan barangan kegunaan harian kepada anggota barisan hadapan yang tanpa kenal erti penat dan lelah menjaga keselamatan pada waktu getir ini.

Walaupun projek pembinaan RC Residences telah terhenti dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, namun atas dasar keprihatinan mereka masih memberikan sokongan kepada anggota barisan hadapan.

Sesungguhnya, tanpa bantuan dan sokongan daripada para petugas perubatan, keselamatan adalah mustahil untuk kita membendung penularan wabak novel coronavirus ini. Akisama Group amat menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Jom menderma di Tabung Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini telah menubuhkan tabung Covid-19  bagi memberi peluang orang ramai memberi sumbangan untuk menampung kekurangan alatan perubatan dan sebagainya.

Tawaran baucar bernilai RM8,000 jika membeli hartanah di RC Residences!

Sebagai sebuah syarikat korporat, Akisama Group amat berharap semoga lebih ramai lagi syarikat dan badan NGO memberi sokongan dengan menderma atau memberi sumbangan kepada para anggota barisan hadapan.

Sepanjang tempoh PKP ini, RC Residences akan memberi baucar setinggi RM 8,000 kepada sesiapa yang ingin membeli hartanah RC Residences dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Apa yang anda tunggu lagi? Hubungi mereka hari ini di link sini www.RCResidences.com.my.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :OMM

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Lelah Dan Letih Sepanjang PKP, Akisama Group Turun Padang Ringankan Beban ‘Frontliner’ Stayathome"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*