“Kita Jaga Kita…” Rider Foodpanda Ipoh Kumpul Duit Beri Makan Pada Gelandangan

Dikala terdapat beberapa golongan ‘berduit’ kecoh mengenai bantuan yang diterima rakyat B40, terdapat insan-insan berhati mulia sudah mula bergerak sendiri menyalurkan bantuan.

Terbaru, menerusi perkongsian di Facebook Viral Perak, memaparkan sekumpulan rider FoodPanda Ipoh telah membuat satu gerakan sukarela mengagihkan makanan kepada gelandang di sekitar tempat.

Guna duit sendiri bantu gelandangan

Difahamkan, kesemua rider yang terlibat menggunakan duit mereka sendiri untuk membeli makanan buat gelandangan, ketika dalam tempoh PKP.

Mereka bukanlah dalam golongan berpendapatan tinggi, bukan usahawan untung berjuta mahupun selebriti, namun semangat untuk membantu sesama insan mekar di dalam jiwa mereka.

Tak kaya harta, tapi kaya jiwa

Lihatlah, mereka memerah keringat dengan pendapatan yang ada untuk membantu orang lain, pergi pelusuk tempat untuk mencari insan lain yang lebih susah untuk dibantu.

Malah, para petugas barisan hadapan yang seharian menjalankan tugas juga tidak ketinggalan mendapat bantuan makanan daripada mereka.

Melihat kesungguhan para rider tersebut, membuatkan rata-rata netizen meluahkan rasa terharu mereka terhadap sikap mulia yang ditonjolkan.

Mereka ini tidak kaya, tetapi jiwa mereka lebih kaya daripada golongan yang tetap juga menagih bantuan meskipun setiap hari di atas meja masih lagi terhidang makanan lauk pauk yang enak dijamah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : Viral Perak

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kita Jaga Kita…” Rider Foodpanda Ipoh Kumpul Duit Beri Makan Pada Gelandangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*