“Kata Saya Dengkl Busvk Hatil Dengan Ustaz Dan 0rang Yang Buat Kebaikan Di Media S0sial,” Syamsul Yusof Perjelas S4l4h Faham, Tidak Mahu Berb4lah

Tidak mahu kenyataannya menerusi laman Instagram disalah erti, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof menegaskan luahannya tiada kena mengena dengan mana-mana individu.

Ini kerana, ada yang mendakwa ia dibuat kerana cemburu, busuk hati dengan ustaz atau mereka yang buat kebaikan di media sosial.

“Ada yang kata saya dengki busuk hati dengan ustaz dan orang yang buat kebaikan di media sosial. Pulak dah..apehal kesitu juah pula fikirannya? Tiada kena mengena dan lain yang saya maksudkan.

“Takpelah, sabar jela. Tak perlu kita berbalah benda sia-sia disaat musibah makin teruk sekarang. Kita cari redha Allah sama-sama.

“Apepun, media sosial telah menjadi fitnah besar akhir zaman. Hati2 lah dan jangan kita kalah dengan agenda “mereka,” luahnya lagi menerusi Instagram.

 

View this post on Instagram

 

Apepun, media sosial telah menjadi fitnah besar akhir zaman. Hati2 lah dan jangan kita kalah dengan agenda mereka.

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on


Malah, bintang Munafik ini turut menambahbaik posting terdahulu agar netizen tidak melencong jauh dengan maksud sebenar yang mahu disampaikan.

Jelasnya netizen kerap kali mempersoalkan andai soal sedekah, amalan membaca Al-Quran atau perihal agama semata-mata ia tidak dipertontonkan di laman sosial.

“Awak tak sedekah apa2 ke? Awak tak amal baca Quran ke? Asyik layan lagu tak zikir ke?

“Zaman ini..aku keliru. Adakah sedekah jariah perlu dikongsi di media sosial. Adakah insan dianggap lalai jika tidak dipertontonkan amalnya?

“Tidak menghakimi sesiapa hanya khuatir rasa ikhlas pudar dari jiwa.

“Segelintir beranggapan jika tidak post gambar sedekah/baca Quran/masjid/sejadah maka bermakna org itu telah jauh dari agamanya.

“Akhirnya media sosial telah menjadi kayu ukur buku amalan seseorang dimata manusia. Tahniah iblis.

“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pengiktirafan Mu itu lebih maha penting daripada pengiktirafan manusia,” kongsinya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Instagram Syamsul Yusof

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kata Saya Dengkl Busvk Hatil Dengan Ustaz Dan 0rang Yang Buat Kebaikan Di Media S0sial,” Syamsul Yusof Perjelas S4l4h Faham, Tidak Mahu Berb4lah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*