“K0rban Makin Meningkat”Kem@tian Aklbat Covid-19 Di AS Kini Mengatasi Angka Korban Ser@ngan 9/11

Angka kematian Covid-19 di Amerika Syarikat dilihat semakin membimbangkan dengan sekurang-kurangnya mencatatkan sekurang-kurangnya 565 kematian baharu semalam.

Ia merupakan angka tertinggi kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam, lapor Awani.

Angka tersebut menjadikan jumlah kematian terkini di Amerika Syarikat kepada 3,164 dan jumlah itu telah mengatasi jumlah korban akibat serangan pengganas di World Trade Centre, Pentagon dan nahas pesawat pada 11 September 2001 iaitu 3,100 orang.

Dilaporkan, jumlah kematian di Amerika Syarikat juga bakal mengatasi China dalam tempoh 24 jam berikutnya, yang setakat ini mencatatkan 3,305 kematian.

Menurut Worldometers, setakat ini Amerika Syarikat mencatat 164,253 kes positif Covid-19 dengan New York mencatatkan angka tertinggi (67,325) kes, diikuti New Jersey (16,636), California (7,413) dan lain-lain.

Sebelum ini pakar penyakit berjangkit terkemuka AS, Dr Anthony Fauci memberi amaran AS berkemungkinan menyaksikan 100,000 ke 200,000 korban akibat Covid-19.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“K0rban Makin Meningkat”Kem@tian Aklbat Covid-19 Di AS Kini Mengatasi Angka Korban Ser@ngan 9/11"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*