“Hoi Stvpid Idi0ts” Gara2 Menjerit Maki Polis, ‘Amoi G@rang’ Kena S3ret Pergi Balai

Bukan mudah tugas sebagai anggota polis, sudahlah terpaksa meninggalkan keluarga seharian bekerja demi tanggungjawab kepada negara, tetapi apa yang mereka dapat adalah cacian dan hinaan.

Baru-baru ini, seorang wanita berbangsa Cina telah ditahan polis setelah dia mengherdik sekumpulan anggota polis kerana terasa terganggu dengan sekatan jalan raya dilakukan.

Menerusi laporan MalaysiaGazette, wanita tersebut terperangkap dalam kesesakan lalu lintas berikutan operasi besar-besar pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Sakit hati kena sekatan jalan raya

Difahamkan, sekatan itu dilakukan bagi memastikan orang awam mematuhi dan tidak ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berang terpaksa berada hampir setengah jam di kesesakan lalu lintas, wanita tersebut yang kediamanya terletak bersebelahan  sekatan jalan raya, bertindak bertindak membunyikan hon beberapa kali.

Maki polis bodoh…

Setelah sampai di rumah, wanita itu bertindak lebih biadap dengan menurunkan cermin pintu pemandu dan menjerit ke arah anggota polis yang bertugas.

“Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam teruk menyusahkan orang…”

Tidak hanya mengherdik, wanita itu malah menghampiri pihak polis untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya, sebelum dia ditahan dan dibawa ke balai polis Damansara untuk tindakan siasatan selanjutnya di bawah Seksyen 7(b) dan Akta 342.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :MalaysiaGazette

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments on "“Hoi Stvpid Idi0ts” Gara2 Menjerit Maki Polis, ‘Amoi G@rang’ Kena S3ret Pergi Balai"

  1. Bagus tindakan anggota PDRM…Tak Kira apa bangsa sekali pun hormati la amanah dan tugas anggota keselamatan bukan memaki mereka.

  2. Jangan takut dengan org awam jika didapati kurang ajar dan bersalah bawa ke muka pengadilan. Undang undang perlu dipatuhi dan ditegakkan.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*