“Gordon Ramsay Pun Nervous Dengan Dia” Handal Memasak, Rupanya Ibu Zarina Anjoulie Yang Ajar Gordon Ramsay Masak Rendang

Baru-baru ini, nama selebriti Zarina Anjoulie kembali meniti di mulut masyarakat apabila dia memuat naik video ‘menyekolahkan’ artis tempatan lain berikutan bantuan khas Covid-19. Memang puas hati lah tengok dia sound artis yang lain tu kan. 

Namun, kali ini admin nak kongsikan tentang ibu Zarina Anjoulie yang juga bukan calang-calang orang. Menurut perkongsian di Twitter, rupanya ibu Zarina Anjoulie, Norzaini Abdul Hamid merupakan wanita yang handal memasak.

Paling cool, Gordon Ramsay pernah belajar memasak rendang daripada Aunty Aini. Bukan biasa-biasa ni weh.

Selain itu, Aunty Aini juga memiliki restoran sendiri di Nilai, Negeri Sembilan yang diberi nama Aunty Aini’s Garden Café. Mesti orang Nogori tahu tempat ni kan? 

Lagi gempak, restoran miliknya juga pernah dikunjungi oleh cef terkenal, Anthony Bourdain dan Martin Yan.

Difahamkan, Aunty Aini juga pernah menjadi pengacara rancangan masakan, RASA Instafamous di Astro. Dalam rancangan tersebut, dia telah memasak bersama 13 personaliti yang terkenal di Instagram. Admin pernah tengok tapi tak tau pulak dia ialah ibu Zarina. 

Korang tengok lah sendiri video Aunty Aini ajar Gordon Ramsay ni.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: RASA

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Gordon Ramsay Pun Nervous Dengan Dia” Handal Memasak, Rupanya Ibu Zarina Anjoulie Yang Ajar Gordon Ramsay Masak Rendang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*