Ayah Baru Menlnggal, Khairulaming M0hon Maaf Sebab Lama Tiada Vide0 Masak2

Sesiapa yang mengikuti video-video masakan selebriti media sosial pastinya mengenali figura bernama Khairulaming. Kerap menghidangkan resepi mudah masakan di Instagram miliknya, dia telah menjadi rujukan sesiapa yang gemar mencuba masakan mudah.

Namun, sejak kebelakangan ini, Khairulaming dilihat begitu jarang memuat naik video masakan di Instagram. Ia sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya buat peminat setianya yang ternanti-nanti video masakan daripada pemuda tersebut.

“Yang penting dia dah tak sakit”

Semalam, Khairulaming telah memuat naik satu posting di media sosial memaklumkan berita sedih apabila kehilangan bapa tersayang.

Dia mengakui perkara yang paling ditkuti akhirnya terjadi namun mereka sekeluarga redha dengan apa yang berlaku.

Lama menyepi sebab jaga ayah

Menerusi posting itu juga, Khairulaming turut memaklumkan ketiadaan video masakan seperti dahulu adalah disebabkan memberi fokus kepada allahayarham bapanya yang kurang sihat.

Jadi, dia memohon maaf kepada mereka yang kerap bertanyakan kehilangannya selama ini.

Innalillahiwainailahirojiun…

Susulan daripada itu, rata-rata peminat serta sahabat handainya telah meninggalkan komen diruangan Instagram personaliti tersebut dengan mengucapkan salam takziah diatas kehilangan bapa tersayang.

Mereka juga mendoakan agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan berharap supaya keluarga Khairulaming terus bersabar menerima ujian daripada Allah S.W.T.

Salam takziah Amin

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Khairulaming

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Ayah Baru Menlnggal, Khairulaming M0hon Maaf Sebab Lama Tiada Vide0 Masak2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*