“Walaupun Jauh Beribu Batu,” Padu Habis Harry Khalifah Dan Oncy Ungu Buat Vide0, Jamming Lagu Bangau Oh Bangau

Meski Malaysia dan Indonesia sama-sama mengambil langkah pro-aktif dalam memutuskan rantaian wabak COVID-19 di negara masing-masing, ruang yang ada digunakan sebaiknya dua gitaris terkenal, Harry Khalifah dan Oncy (kumpulan Ungu).

Menerusi kecanggihan medium komunikasi kini, mereka optimis untuk menghiburkan peminat dengan menghasilkan sebuah video ‘jamming’ yang dilakukan secara duet untuk lagu popular kanak-kanak, Bangau oh Bangau.

Sambil masing-masing berkongsi mengenai keadaan terkini di kedua-dua buah negara, dua bintang muzik berkenaan turut berharap dan berdoa agar penularan wabak tersebut dapat dikekang secara total.

Apa yang pasti, video berdurasi kurang enam minit itu nyata unik dan menghiburkan.

Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton hampir 70 ribu kali di YouTube sambil disusuli dengan pelbagai reaksi di kalangan pencinta muzik dia negara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber :  YouTube Apak Channel

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Walaupun Jauh Beribu Batu,” Padu Habis Harry Khalifah Dan Oncy Ungu Buat Vide0, Jamming Lagu Bangau Oh Bangau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*