“Walaupun Ada Kedai Buka Tapi Saya Duduk Rumah Saja” Baby Shima Terkandas Di Jakarta Aklbat C0vid-19, Tak Berani Keluar

TEMPOH darurat yang dilanjutkan di Jakarta, Indonesia sehingga 19 April depan menyebabkan penyanyi Baby Shima terus terkandas di republik itu.

Kata Shima walaupun sedih kerana tidak dibenarkan pulang ke Malaysia, namun dia akur dengan perintah berkenaan susulan penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia.

Menurut Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 28, biarpun tidak dapat berada bersama keluarga di Malaysia namun dia bersyukur kerana syarikat pengurusan prihatin dengan kebajikannya sepanjang berada di sana.

Shima sedih tidak dapat pulang ke Malaysia.

“Di sini (Jakarta) juga sudah disarankan untuk berada di rumah dan tidak dibenarkan keluar jika tiada keperluan. Walaupun ada saja kedai yang buka tapi saya mengambil langkah berjaga-jaga untuk sentiasa berada di rumah saja.

“Memang sedih tak dapat balik jumpa keluarga di Johor Bahru. Tapi nak buat macam mana, saya datang sini pun sebelum penularan wabak itu berlaku. Saya sentiasa hubungi keluarga dan mereka pun pesan untuk jaga diri.

“Kalau nak balik sekarang pun, tiada penerbangan ke Malaysia. Lagipun pihak berkuasa Indonesia pun menasihatkan supaya saya berada di rumah sahaja dan apabila keadaan sudah reda baru rancang semula balik ke Malaysia.

“Saya sentiasa hubungi keluarga dan mereka pun pesan kepada saya suruh jaga diri di sini.”

BABY SHIMA

PENYANYI

“Tapi Alhamdulillah, pihak pengurusan pun sentiasa memantau dan menyediakan barangan keperluan saya selama dua minggu. Jika barang habis, mereka akan bantu saya,” kata Shima kepada mStar.

Indonesia juga antara negara Asia Tenggara yang mencatat kes wabak Covid-19 yang tinggi.

Malaysia sudah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan itu sejak 18 Mac lalu dan akan berlanjutan sehingga 14 April depan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Pura-Pura Bujang ini memberitahu jadualnya juga terjejas berikutan beberapa acara dan jelajah di Malaysia dan Indonesia terpaksa dibatalkan.

Shima bersyukur pihak pengurusan sudah menyediakan barangan keperluannya sepanjang dua minggu.

Bagaimanapun, peserta Big Stage musim pertama ini mendoakan agar penularan wabak Covid-19 dapat ditangani secepat mungkin.

“Sebenarnya jadual saya memang terjejas sebab beberapa acara di Malaysia dan Indonesia dibatalkan serta ditundakan. Sepatutnya April depan saya ada jelajah di Jawa dan Sumatera tapi ditunda.

“Saya berharap sangat wabak ini cepat berakhir. Kalau ada peluang untuk balik ke Malaysia, memang saya nak balik. Semua orang risau, tapi keadaan sekarang tak mengizinkan kita nak ke mana-mana,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Walaupun Ada Kedai Buka Tapi Saya Duduk Rumah Saja” Baby Shima Terkandas Di Jakarta Aklbat C0vid-19, Tak Berani Keluar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*