VIDE0 “Nanti Telef0n Ayah Ya” Seb@k Lihat Lambaian Ayah Ketika Anak Dibawa Pergi Menaiki Ambulans

Ayah mana yang tidak mengalirkan air mata, tatkala melihat anak bujangnya dibawa pergi menaiki ambulans selepas dijangkiti COVID-19. Tambah menyedihkan, perginya cuma berseorangan tanpa seorang pun waris dibenar menemani.

Cuma lambaian keluarga mengiringi, sambil berpesan di balik tingkap “Nanti telefon ayah ya Wan.”

Rakaman itu dikongsi seorang pengguna Facebook, yang memaklumkan bahawa sepupunya dijangkiti COVID-19.

Dalam rakaman tersebut, seorang remaja lelaki bertopeng muka dilihat membawa baldi dan beg berisi barangan keperluannya sebelum menaiki ambulans sambil diperhatikan seorang petugas kesihatan.

Suara tangisan ahli keluarga lain yang tidak dapat menahan kesedihan, turut kedengaran dengan jelas. Tambah menyedihkan, mangsa turut dilihat menyeka air matanya sewaktu keluar dari rumah sehinggalah ketika berada di dalam ambulans.

Difahamkan, kejadian berlaku di Bandar Baru Ibrahim Majid, di Simpang Renggam, Johor.

Video tersebut kini telah mendapat hampir 1.2 juta tontonan dan 64k perkongsian di laman Facebook. Manakala rata-rata netizen, turut tersentuh dan mengalirkan air mata sambil mendoakan mangsa diberikan kesembuhan serta-merta.

Semoga segala urusan keluarga ini dipermudahkan, amin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : lobak merah

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "VIDE0 “Nanti Telef0n Ayah Ya” Seb@k Lihat Lambaian Ayah Ketika Anak Dibawa Pergi Menaiki Ambulans"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*