“Tu Kening Ke Lintah Ya” Sahut Cabaran Until T0morrow, Ayda Jebat K0ngsi Vide0 Tahun 2014

Penyanyi dan pelakon popular Ayda Jebat menyahut cabaran ‘Until Tomorrow’ yang kini menjadi sensasi di laman sosial.

Menerusi kemas kini terbaru akaun Instagram Ayda, pelantun lagu Pencuri Hati itu memuat naik video sekitar tahun 2014.

“Aib! 2014 lagi nah! #UntilTomorrowChallenge yang tidak tidak.


“Dengan tak ada suara sibuk nak nyanyi bunyi macam cerek dah panas.

“Macam Garfield pun ada. Aib! Jap tengah scroll lagi. Apa benda yang saya buat ni,” tulis Ayda.

Penyanyi lagu Temberang itu juga sempat bergurau mengenai bentuk keningnya enam tahun lepas.

“Persoalannya : Tu kening ke lintah ya AJ? Awaa saia ta kuad. Muahciked! Legend!!! Haha!” tulisnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan video ‘throwback’ yang dimuat naik oleh Ayda.

Dalam perkembangan lain, Ayda baru sahaja melancarkan lagu Duduk Diam Diam bersempena tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan sehingga 14 April ini.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tu Kening Ke Lintah Ya” Sahut Cabaran Until T0morrow, Ayda Jebat K0ngsi Vide0 Tahun 2014"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*