“Tiba-Tiba Em0tional Pulak Teng0k Gambar Ni…” Nabila Huda Rindu Amy Search

Tidak dapat bertemu keluarga mungkin antara ‘keperitan’ yang terpaksa dilalui oleh ramai akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan demi mengawal wabak Covid- 19 daripada terus merebak.

Namun, kita semua masih ada cara untuk berhubung dengan keluarga dan juga melihat wajah-wajah insan tersayang.

Panggilan video melalui aplikasi WhatsApp, FaceTime dan banyak lagi aplikasi terbaru seperti Houseparty banyak membantu mengurangkan rasa rindu.

Pelakon Nabila Huda juga tidak terlepas dengan perasaan rindu kepada papa tercinta, raja rock Amy Search.

Pada satu entri di Instagram miliknya, Nabila berkongsi sekeping gambar Amy yang baru habis mengerjakan solat dan sedang menadah tangan berdoa pada Yang Esa.

“Tiba-tiba emotional pulak pagi ni tengok gambar ni. Rasa bersyukur masih lagi diberi peluang Untuk bernafas dapat tengok papa dan keluarga tersayang.


“Thank you mummy sebab sentiasa update video and gambar papa. Dapat jugak la lepas Rindu. Love you both,” tulis Nabila pada entri tersebut.

Nabila yang pernah terputus hubungan dengan ayahnya buat beberapa ketika kini sangat gembira kerana hubungan tersebut kembali pulih seperti sedia kala.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tiba-Tiba Em0tional Pulak Teng0k Gambar Ni…” Nabila Huda Rindu Amy Search"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*