“Separuh Netizen Yang Selama Ni S0kong Kau Tengah Susah…” Zarina Anjoulie Tempel@k Fizo Omar Gara-Gara…

Pelakon Zarina Anjoulie menempelak tindakan Fizo Omar yang cuba merendahkan dirinya menerusi satu ruang komen di Instagram.

Tindakan berkenaan dibuat selepas Fizo meninggalkan komen bertulis ‘kesian pula aku tengok dia ni’.

Bengang dengan tindakan berkenaan, Zarina kemudian memuat naik satu video di platform sosial medianya.

Menurut Zarina, dia kecewa apabila Fizo menganggap apa yang dijelaskan sebelum ini seakan menghentam golongan seni yang sering mengeluh kekurangan pendapatan.

Zarina sebaliknya mahu golongan artis bangkit untuk membantu peminat yang ketika ini berada dalam kesusahan.

“Tolong sedar diri, kalau bukan netizen atau peminat yang sokong, kamu masih berada di kampung bawa motor.

“Separuh netizen yang sokong korang selama ni tengah susah. Macam ni ke cara balas balik dekat mereka?,” katanya.

Video berkenaan kemudian viral di platform Twitter apabila ramai netizen yang menyokong kenyataan dan penjelasan Zarina itu.

Malah Zarina turut dipuji kerana berani mempertahankan isu rakyat yang jauh lebih susah ketika krisis COVID-19 ini.

Anda boleh lihat antara komen netizen di bawah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Separuh Netizen Yang Selama Ni S0kong Kau Tengah Susah…” Zarina Anjoulie Tempel@k Fizo Omar Gara-Gara…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*