“Sedih Tak Dapat Bermain B0la Sepak” Judika Hllang Sumber Pendapatan, 18 Acara Dibatalkan

PENULARAN wabak Covid-19 di seluruh dunia turut memberi kesan kepada kehidupan dan aktiviti seni penyanyi Indonesia Judika.

Menerusi video luahan Judika dan isterinya, Duma Rilis di saluran YouTube, dia memberitahu sebanyak 18 acara sepanjang bulan Mac hingga Mei terpaksa dibatalkan susulan wabak tersebut.

Bagaimanapun, Judika akur dengan saranan kerajaan untuk sentiasa berada di rumah biarpun akui berasa sedih tidak dapat melakukan aktiviti sukan.

“Tadi saya menerima mesej daripada pengurus saya yang mengatakan acara di Singapura dibatalkan. Sebenarnya terlalu banyak acara yang telah batal.

“18 acara sehingga kini, kami kehilangan banyak punca rezeki.

“Tapi demi kebaikan bersama, kami memang ikut arahan untuk berada di rumah. Biarpun saya agak sedih tidak dapat melakukan aktiviti bermain bola sepak,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sedih Tak Dapat Bermain B0la Sepak” Judika Hllang Sumber Pendapatan, 18 Acara Dibatalkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*