“Saya Terangkan Kenapa Kita Bersederhana Tahun Ini, Dia Terima Sebaiknya,” Anak Faham Situasi, Irma Hasmie Sayu Sambut Hari Jadi Permata Hati

Perkongsian foto terkini di Instagram pelakon dan hos, Irma Hasmie mencuri perhatian netizen apabila ibu kepada dua cahaya mata itu bercerita mengenai situasi dihadapi anak pertamanya, Redza Syah Irfhan saat menyambut ulang tahun kelahiran yang ketujuh.

Jelas Irma, dia rasa sayu saat menyambut hari jadi anak lelakinya itu. Bagaimanapun, dia pasti anak-anaknya turut memahami atas keadaan yang melanda negara ketika ini.

“Sayu sedikit tahun ini sambut birthday dia. Naylie pun tahan sebak.

“Mereka mungkin masih kecil tapi sy pasti mereka juga faham dengan cara umur mereka situasi yg kita semua sedang hadapi.

“Sebab bila sy terangkan kenapa kita berserdahana tahun ini, dia terima sebaiknya. Terima kasih Allah,” tulisnya.

Irma pada masa sama turut terkesan dengan berita melibatkan anak kecil yang dijangkiti wabak COVID-19.

“Bila mana kita lihat, dengar atau baca kisah2 keluarga terutamanya yg ada anak kecil hadapi masalah covid19, kita juga akan menangis dan jauh dalam sudut hati akan terus berdoa..betul?

“Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Banyak perkara kita belajar sepanjang PKP, ibrah dan hikmah, jadi kita terus sabar ye sahabat2.

“Jangan henti berdoa agar semua pulih dengan izin Allah. Bila tiba masanya itu, ingat semua, kekalkan rasa bersyukur yg kita perolehi waktu sukar ini, walaupun keadaan kembali senang.

“Hadiahkan kami rasa itu ya Allah. Amen,” titip Irma sambil disusuli dengan reaksi pelbagai dari peminat.

 

View this post on Instagram

 

Sayu sedikit tahun ini sambut birthday dia…😢 Naylie pun tahan sebak. Mereka mungkin masih kecil tapi sy pasti mereka juga faham dengan cara umur mereka situasi yg kita semua sedang hadapi. Sbb bila sy terangkan kenapa kita berserdahana tahun ini, dia terima sebaiknya..terima kasih Allah. Bila mana kita lihat, dengar atau baca kisah2 keluarga terutamanya yg ada anak kecil hadapi masalah covid19, kita juga akan menangis dan jauh dalam sudut hati akan terus berdoa..betul? Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Banyak perkara kita belajar sepanjang PKP, ibrah dan hikmah, jadi kita terus sabar ye sahabat2..Jangan henti berdoa agar semua pulih dengan izin Allah. Bila tiba masanya itu..ingat semua, kekalkan rasa bersyukur yg kita perolehi waktu sukar ini, walaupun keadaan kembali senang.. Hadiah kan kami rasa itu ya Allah… Ameeennn #redzasyahirfhan #redzasyahirfhanturns7 #covid19 #stayathome

A post shared by Irma Hasmie Ibrahim (@irmahasmie) on

Sekadar informasi, Irma atau nama sebenarnya, Irma Hasmie Haji Ibrahim melangsungkan perkahwinan dengan Redza Syah Azmeer Dato’ Dr Hj Mohd Radzuan di Putrajaya, pada jun 201.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber :  Instagram Irma Hasmie

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Saya Terangkan Kenapa Kita Bersederhana Tahun Ini, Dia Terima Sebaiknya,” Anak Faham Situasi, Irma Hasmie Sayu Sambut Hari Jadi Permata Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*