“Ingatkan Tak Rakam, Rupanya Rakam” Rosyam Nor Kongsi Video ICSYVM Bikin Ramai Terhibur

Memasuki minggu ke 7 I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM) malam tadi yang menyaksikan Andi Bernadee selaku artis jemputan serta Rosyam Nor dan Aprena Manrose sebagai penyiasat jemputan.

Biarpun Andi Bernadee terlalu mengikut kata hati sehinggakan tersalah memilih penyamar, namun ramai yang mengakui terhibur dengan episod yang ditayangkan malam tadi.

Malah gelagat barisan penyiasat seperti Jihan Muse, Mark Adam, Yusry, Rosyam Nor dan Aprena Manrose yang boleh tahan ‘masuk air’ turut membuatkan ramai tertawa.

Dalam salah satu segmen dalam ICSYVM malam tadi menyaksikan Rosyam Nor mula merakamkan gelagat Jihan Muse yang seolah sedang membuat muzik video. Ingatkan hanya berlakon merakam, rupa-rupanya Rosyam Nor ambil video sebenar!

Ia diakui sendiri olehnya selepas memuatnaik video yang dirakamkan dan dimuatnaik menerusi laman Instagram milik selebriti ini.

 

View this post on Instagram

 

@shuk_hotfm @seanlje @yusryabdhalim @markadam1079 @mrsaprenamanrose @andibernadee

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on

Adoi, memang ‘crack’ habislah Jihan Muse dan Rosyam Nor pun melayan! Rosyam Nor kongsi video di ICSYVM ini telah membuatkan ramai terhibur dan rata-ratanya turut memuji keseluruhan episod malam tadi yang penuh lawak jenaka.

Berikut antara reaksi mengenai Rosyam Nor kongsi video episod kali ini yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Letih gelak..best episode ever!”

“Lamanya saya tak gelak..malam ni tengok I Can See ur voice baru saya gelak…”

“Ada tengok tadi hahaha ingat tak rakam rupanya betul rakam”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber: Instagram Rosyam Nor

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ingatkan Tak Rakam, Rupanya Rakam” Rosyam Nor Kongsi Video ICSYVM Bikin Ramai Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*