“Gara2 K0men Di Instagram Ini,” Netizen GeIar Vivy Yusof Dengkl Dan Bvsuk Hati

Umum sedia maklum bahawa beberapa hari lepas, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pelan rangsangan ekonomi bagi membantu setiap golongan tanpa ada yang keciciran.

Selain itu juga, Perdana Menteri turut memohon agar para majikan membayar gaji pekerja selama sebulan tanpa membuat sebarang potongan bagi membantu mereka yang terpaksa menjalani Perintah Kawalan Pergerakkan.

Namun begitu, sejak semalam, media sosial kecoh dengan kenyataan dua Instafamous yang juga merupakan ahli perniagaan iaitu Vivy Yusof serta Aleeya Zailan yang menyuarakan kebimbangan mereka mengenai kesan Perintah Kawalan Pergerakan yang  dikatakan telah memberikan kesan kepada peniaga-peniaga di luar sana.

Cemburu dengan orang miskin?

Komen yang ditinggalkan oleh kedua-dua usahwan wanita itu telah membuatkan ramai yang terasa kerana seseolah hanya mementingkan perniagaan semata-mata dan ada di antara mereka yang menyelar dengan mengatakan bahawa golongan B40 diperkecilkan.

“Yang miskin akan jadi kaya semasa Covid-19”

Shopping sana sini, business slow sikit nak bising

Susulan daripada itu, rata-rata netizen berasa berang dan kenyataan dua orang Instafamous yang sememangnya mempunyai pendapatan yang hebat berbanding golongan pekerja bergaji B40 ini.

Diorang ni tak belajar basic business ke?

Semalam artis harini usahawan pulak

Minta maaf sebab salah cakap

Namun begitu, Vivy Yusof dilihat memohon maaf atas diatas keterlanjuran komennya dan membuat kenyataan di media sosial menjelaskan apa yang disampaikan.

 

View this post on Instagram

 

Sorry, everyone. 🙏❤

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on

Melalui muat naik tersebut dia mengakui kekhilafan yang telah dilakukan. Vivy juga mengakui bahawa amat menjaga kebajikan pekerjanya yang merupakan B40 dan sentiasa memastikan mereka tidak akan kehilangan pekerjaan.

Walau bagaimanapun seorang lagi usahawan iaitu Aleeya Zailan mengambil tindakan mengunci akaun Instagramnya susulan daripada kenyataan ‘tajam’ yang dikeluarkan tempoh hari.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : Huda OthmanVivy Yusof.

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Gara2 K0men Di Instagram Ini,” Netizen GeIar Vivy Yusof Dengkl Dan Bvsuk Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*