Tersusun Rapi Kitab Dan Sejadah Usang, Tok Ayah Tersenyum Bahagia Walau Hldup Dalf

Dikala ada dalam kalangan masyarat kita merungut dan berlumba-lumba mahu menagih bantuan, tetapi tanpa kita sedar sebenarnya lebih ramai lagi insan yang hidup serba kekurangan.

Baru-baru ini, menerusi satu perkongsian di Facebook, beberapa sukarelawan kini sudah mula menggerakan bantuan rumah ke rumah kepada warga yang memerlukan.

Bertemu Tok Ayah di pondok daif

Salah seorang yang menerima bantuan adalah seorang lelaki warga emas yang kelihatan agak uzur, tinggal di dalam rumah sangat daif.

Hanya berlantaikan tanah

Kediaman warga emas ini hanyalah sebuah rumah papan dan berlantaikan tanah sahaja. Melihat ruangan di dalam pula, kesemua yang digunakan daripada barang terpakai, malah menggunakan kayu dan arang untuk memasak.

Namun, apa yang lebih menyetuh jiwa adalah melihat wajah tenang dan tidak putus dengan senyuman, kelihatan bahagia meskipun hidup dalam serba kekurangan.

Tersusun rapi kitab2 tok ayah

Di satu kawasan di rumahnya, dapat kita lihat beberapa kitab agama tersusun rapi dan dapat juga diperhatikan ada satu tempat khas untuk ruangan solat, dengan hamparan sejadah usang.

Rasa malu dengan diri sendiri

Melihata raut wajah lelaki tua ini, nampak tenang dan bahagia menjalani sisa-sisa hidupnya dengan diisi dengan ilmu dan ibadah, telah menyentuh hati ramai.

Ada lagi yang lebih susah

Banyaknya kitab tok ayah

Golongan warga emas seperti Tok Ayah hanya mampu mengharapkan bantuan tiba, dengan tiada sumber komunikasi mereka sendiri tidak tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan maklumat berkenaan dana yang disalurkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Perak Ajer

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tersusun Rapi Kitab Dan Sejadah Usang, Tok Ayah Tersenyum Bahagia Walau Hldup Dalf"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*