Umum sedia maklum bahawa minggu lepas KDYMM baginda Agong dan Permaisuri Agong terpaksa dikuarantin susulan daripada sembilan petugas istana yang disahkan positif Covid-19.
Oleh hal yang demikian, hanya baginda dan keluarga serta tiga orang pembantu sahaja dibenarkan berada di dalam istana. Walau bagaimanapun, KDYMM Baginda Agong serta Permaisuri disahkan negatif Covid-19 selepas ujian saringan dilakukan.
Belajar menyulam dengan YouTube
Terpaksa berada di dalam bilik sehingga 9 April, Permaisuri Agong, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah melakukan aktiviti menyulam bagi mengisi kebosanan sepanjang tempoh kuarantin.
View this post on Instagram
Comel sangat kucing tu
Lebih menariknya, baginda telah memuat naik aktiviti tesebut dengan ditemani seekor kucing comel yang sangat manja berada di sisi baginda.
Kami semua sayang Tunku
Dapat dilihat dengan jelas ‘temannya’ itu duduk disamping permaisuri dan langsung tidak mengacau apabila baginda sedang menyelesaikan aktiviti menyulamnya itu.
Perkongsian comel yang dibuat oleh KDYMM Permaisuri Agong ini telah mendapat maklum balas yang pelbagai daripada warganet. Mereka juga turut mendoakan agar segala urusan baginda dipermudahkan dan tempoh kuarantin itu lekas berlalu.
Jaga diri Tunku
Comelnya kucing Tunku
Semoga Tunku sentiasa dilindungi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA
Sumber : Airtangan TunkuAzizah
PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Terpaksa Dikuarantin Di Istana,” Permaisuri Tak Sunyi Ditemani Kucing C0mel"