“Terima Kasih Membantu, Ramai Yang Tak0t Nak Keluar” Gigih Agih Sayur Percuma, 2 Lelaki Ini Berbakti Cara Mereka Ketika PKP

SAMBIL berlari-lari anak seorang lelaki berbangsa Cina dilihat membawa bungkusan beg plastik dan kemudiannya diletakkan di pagar kediaman di sebuah taman perumahan di percayai di negeri selatan tanahair.

Lelaki berkemeja-t biru dan berseluar pendek lengkap bersarung tangan dan topeng muka itu bukan keseorangan, tetapi bersama seorang lagi rakannya yang memandu kenderaan pacuan empat roda sarat muatan.

Lebih menyentuh perasaan ramai, apabila ia dilakukan ketika cuaca panas dan orang ramai duduk diam di dalam rumah susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini akibat penularan wabak Covid-19.

Menerusi perkongsian video yang tular di Facebook We are Malaysian dinyatakan kedua-dua lelaki itu rupa-rupanya sedang mengagih-agihkan sayur-sayuran dari rumah ke rumah secara percuma di kejiranan itu.

Tidak dinyatakan dengan tepat lokasi insiden itu, bagaimanapun berdasarkan tanda pada kenderaan yang membawa bekalan sayur-sayuran itu mereka adalah pekebun sayur dari Pagoh, Johor.

Tindakan dua lelaki ini mendapat pujian netizen.

Kapsyen video itu turut tertulis, “Mengedarkan sayur-sayuran secara percuma. Usaha yang baik daripada membuangnya. Nasib baik petani menawarkan diri untuk edar sayur-sayur percuma kepada penduduk kampung.”

Yang pasti posting itu mendapat ratusan komen dan lebih 500 perkongsian yang rata-rata menghargai tindakan mereka sehingga ada netizen yang menggunakan emoji tanda bagus dan tabik atas sikap prihatin peniaga berkenaan.

“Aduh baik hatinyalah ‘uncle’ dua orang ni, agih keperluan harian untuk penduduk taman. Syabas untuk ‘uncle’ berdua,” kata Fatimah Tamim.

Kata Jessica Lim, “Orang seperti mereka kita perlukan ketika ramai yang susah.

“Terima kasih kerana membantu, orang ramai takut nak keluar. Gembira (kerana) ‘uncle’ ni pemurah. Moga terus dirahmati,” kata Ismail Hakim.

“Baik hati dua uncle! Ya lebih baik diagih-agihkan daripada terbuang,” kata Lee Leng.

Malahan, ada komen yang memaklumkan seharusnya pekebun dan peniaga sayur di Cameron Highlands mengikut cara dua lelaki ini, bukannya membiarkan hasil tanaman mereka rosak akibat kesukaran mengedarkan bekalan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Terima Kasih Membantu, Ramai Yang Tak0t Nak Keluar” Gigih Agih Sayur Percuma, 2 Lelaki Ini Berbakti Cara Mereka Ketika PKP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*