“Tanpa Masyarakat Yang Bantu Dan Beri S0kongan, Kau Masih Mamat Kampung” Makin P4nas, Zarina Anjoulie ‘Bantai’ Fizo Omar

NAMPAKNYA isu rayuan supaya kerajaan tidak meminggirkan pekerja industri kreatif makin berlarutan apabila berlaku perbalahan pendapat dalam kalangan selebriti.

Terbaharu reaksi pelakon Fizo Omar terhadap video teguran Zarina Anjoulie tentang gaya hidup mewah golongan artis mengundang kemarahan aktres kontroversi itu.

“Kesian pula aku tengok dia ni,” demikian tulis Fizo pada ruangan komen di Instagram.

Komen ringkas Fizo itu kemudiannya dibalas Zarina dalam nada kasar.

Zarina membalas komen Fizo yang dipercayai ditujukan kepadanya.

“Kesian kat diri kau menumpang harta bini dulu dan cerai, miskin balik lepas itu menagih followers YouTube. Jadi, kesian kat diri kau,” kata Zarina.

Susulan itu ruangan komen pada posting berkenaan terus menjadi sasaran netizen yang rata-rata menyokong tindakan Zarina menegur semula pelakon drama Maaf Tak Indah itu.

Sebelum ini menerusi video Zarina yang tular pada Sabtu, dia menegur sikap segelintir artis yang gemar menayang kemewahan namun hakikatnya tiada perancangan masa depan.

Tegas Zarina artis tidak seharusnya merayu bantuan khusus untuk mereka, sebaliknya berkata inisiatif yang diperkenalkan kerajaan untuk rakyat secara keseluruhan sudah memadai.

“Kesian kat diri kau menumpang harta bini dulu dan cerai, miskin balik lepas itu menagih followers YouTube.”

ZARINA ANJOULIE

PELAKON

Teguran itu dibuat berikutan luahan penyanyi Black Hanifah dan Tomok yang meminta kerajaan agar tidak melupakan golongan pekerja seni.

Dalam pada itu, Zarina turut memuat naik video meminta Fizo untuk menghargai peminat dan netizen yang selama ini menyokongnya sehingga menjadi seorang pelakon terkenal.

Malah, Zarina juga ada menasihati golongan selebriti untuk sentiasa berpijak di bumi yang nyata kerana populariti mereka itu hasil daripada sokongan masyarakat.

“Fizo Omar, tolong sedar diri. Sebelum kau ada apa-apa, muka buruk saja. Tanpa masyarakat, rakyat yang membantu dan beri kau sokongan, kau masih mamat kampung. Ingat masa hari raya bini kau jual tudung sampai habis, masyarakat dan peminat juga yang beli.

Zarina menegur sikap segelintir artis.

“Apabila netizen dan peminat tengah susah, macam ini kau repay them back. Really? Sama macam artis-artis lain yang kata ‘oh tak bersyukur ke tak kenang budi selama ini kita dah hiburkan kau’.

“Lagi satu aku nak cakap, kalau tanpa peminat semua ini, korang masih merempat dekat kampung bawa motor buruk. Sedar diri masing-masing.

“Ini maksud aku yang korang semua suka ambil kesempatan apabila waktu nak bisnes dan promosi barang pandai panggil peminat dan netizen suruh support,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

dulu semua artis kecam aku when all yall fake as hell . wait ada part 2

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

 

View this post on Instagram

 

SILA SEDAR DIRI KAU TU HAPRAK TGK VIDEO SEBELAH DULU BARU TGK YG NI

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

 

View this post on Instagram

 

STOP LAH ARTIS NK PENTING KAN DIRI SENDIRI RAMAI KAT LUAR TGH SENGSARA !

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

 

View this post on Instagram

 

Lain kali sebelum beli alphard hitam tu beringat2 la ye

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tanpa Masyarakat Yang Bantu Dan Beri S0kongan, Kau Masih Mamat Kampung” Makin P4nas, Zarina Anjoulie ‘Bantai’ Fizo Omar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*