Tak ‘Memek@k’ Minta Bantuan Kerajaan, Adam Shahz Jadi Fr0ntliner T0long Negara

Sejak beberapa hari lepas, isu beberapa orang artis popular yang didakwa memohon bantuan daripada kerajaan kerana terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakkan telah mendapat liputan meluas.

Kebanyakkan netizen berasa tidak selesa dengan kenyataan itu yang dilihat tidak bersesuaian kerana mengetahui gaya hidup mewah sesetengah daripada mereka.

Jadi frontliner

Namun, ada juga artis yang bertindak lebih matang dengan menghulurkan bantuan kepada barisan petugas kesihatan dan sama-sama turun padang mengawal pergerakkan rakyat Malaysia dengan menyertai badan sukarelawan.

Hal ini dilakukan oleh pelakon Adam Shahz apabila menyertai Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) memberikan bantuan semasa Covid-19 melanda negara.

Sertai APM beri bantuan

Tindakan yang dilakukan itu juga mendapat respon yang positif dalam kalangan netizen apabila gambarnya menghulurkan bantuan dengan berpakaian seragam APM tular di Twitter.

Hulur bantuan makanan buat frontliner

Dia bersama-sama anggota APM yang lain dilihat memberikan bantuan makanan kepada petugas-petugas kesihatan dan juga pihak polis serta tentera yang bertugas ketika PKP ini.

Datuk Eizlan Yusof & isteri pun turut serta

Dalam muat naik itu juga, dapat dilihat Datuk Eizlan Yusof yang merupakan Lt kolonel bersekutu (PA) Angakatan Pertahanan Awam turut sama bertugas menghulurkan bantuan barisan frontliner dengan memberikan sedikit sumbangan makanan kepada mereka.

Dia ni bagus, berusaha cari duit

Oleh yang demikian, menerusi perkongsian yang tular di Twitter itu, ramai yang memuji tindakan Adam Shahz yang menjadi frontliner dalam membantu menyelesaikan isu Covid-19 ini.

Mereka menyatakan bahawa tidak perlu untuk bising-bising menyuarakan pendapat berkenaan bantuan jika mereka sebagai artis tidak menghulurkan bantuan sedangkan ia lebih berkemampuan.

Steady laa Ayam!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Tokey StickerAdam Shahz

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tak ‘Memek@k’ Minta Bantuan Kerajaan, Adam Shahz Jadi Fr0ntliner T0long Negara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*